Thursday, May 26, 2011

sambungan jodoh pertemuan,ajal dan maut ditangan Allah



okey, now ada kesempatan nak update sambungannya aka part 2.

Isnin ( 25/04/11) - Otw balik KL selepas kenduri Dot, kitorang dapat panggilan telefon mengatakan Uncle Boss masuk hospital.. Uncle Boss tu pakcik Cik A.. and dia dah sakit lama dah..biasa lah kencing manis then on dialysis.. tapi lately ni dia selalu masuk hospital sebab demam yang x baik-baik.


tapi hari tu masuk hopital bukan sebab yang biasa-biasa.


dia x bagi respon masa tengah buat dialysis... cam banyak termenung then orang panggil dia kuat-kuat baru dia nak pandang kat kita.. lain macam je ni.

mama dan papa dah balik kuantan. tapi papa kata biar diorang tengok dulu..kalau keadaan teruk barulah kitorg pulak pegi kuantan..so esoknya hari selasa kitorang sempat keje sehari..lepas balik keje, siap2 kemas then terus shoot balik kuantan...

masa tu Uncle Boss dah masuk High Dependency Unit.. means dia dah kena pakai life support...sedih sangat aku tengok... dengan kurusnye...then perut dia x mo terima makanan dah..so minum susu je all the time pakai tiub..kesian tau. still xde perubahan but dia ada jugak gerak sikit2 bila kita cakap kat dia.. dah la nak masuk unit tu kena masuk dua orang dua orang so kalau masuk pun sekejap2 je..

hari khamis, lepas consult ngan Ibu Seri ( Uncle Boss Wife) yang merupakan seorang doktor jugak, dia kata Uncle Boss maybe akan macam tu makan bulan jugak la...selagi dia x mampu nak bernafas sendiri selagi tu la dia akan stay kat unit tu.. then jantung dia pun ada improvement sikit so hari tu jugak aku, Cik A ngan Adam balik ke KL... serba salah sebenarnya jugak nak balik tapi terpaksa balik jugak..mama n papa balik jugak malam tu then promise by malam sabtu nak balik kuantan semula.

Jumaat tu kitorg keje cam biasa n Adam pun g sekolah.. boleh tahan gak Adam cuti sampai 5 hari.. abis tu nak buat camana.. mama n papa x jadi pulak nak g kuantan sebab papa x berapa sihat sangat..

30hb April 2011- pukul 3.45am... Cik A terima call...then the way dia cakap Innalillah aku dah agak dah....Uncle Boss dah xde... aku blur sangat masa tu...macam x percaya pun ada...terus x boleh tido....Cik A terus bagitau mama n papa...aku dapat bayangkan mama mesti rasal kesal sangat x dapat tengok uncle Boss masa tu..bila dapat tahu diorang nak kebumikan Uncle Boss kat Kelantan, mama n papa decide nak balik terus ke Kelantan...

Aku?

dalam masa sepuluh hari aku dah berjalan dari Kota Warisan-Mersing- Kota Warisan- Kuantan-Kota Warisan. and then now nak ke Kelantan pulak? itu yang Cik A risaukan...kebetulan hari sabtu tu aku ada appointment ngan Dr Raja, aku xleh escape..hmm boleh aku tanya dia sekali aku boleh travel balik Kelantan tak... then Dr Raja kata aku boleh lagi travel..fuhhh..terus panjang langkah aku.. off we went to Kelantan...

kitorang antara orang last yang sampai Kelantan.. Uncle Boss pun dah selamat dikebumikan..xpe la.. aku still boleh pegi kubur dia kan?..mujur  weekend tu yang cuti 3 hari... sempat la aku attend kenduri doa selamat malam kedua tu.. 


till today, dah masuk hari ke 27 aku cam x percaya je Uncle Boss dah xde.. rasa macam dia ada je.. dia yang paling rapat ngan Adam.. ada sekali tu dia beli kereta Ferrari kat Shell tu banyak2 sebab nak bagi kat Adam..masa dia dah x berapa sihat pun dia still nak travel g KL dan tido kat rumah kitorang..dia memang suka dikelilingi ramai orang..bising pun bising la..

satu permintaan dia yang still x dapat ditunaikan lagi ialah sepatutnya 1hb May tu dia nak buat makan2 kat umah aku..konon-konon housewarming la..dia nak suruh Aunty Ani masak Nasi Dagang.. Bahan-bahan semua dia dah beli.. dia kata kalau dia x dapat datang just proceed je la.. well, permintaan tu akan ditunaikan lepas Anura- anak sulung Uncle Boss kat Ukraine back for good Julai ni.. sekali dengan sambut baby baru aku nanti... tapi sedihnye dia xde..


ni masa wedding Ain (kazen Cik A) kat Perak.
Uncle Boss yang dok sebelah Cik A
masa ni pun dia bukan sihat sangat tapi semangat dia kuat sangat nak pi sana sini

we definitely gonna miss u Uncle Boss!!

Al-Fatihah




No comments: