Thursday, March 14, 2013

Aliff kena HFMD

As salam.
Lamanya x update blog.
Bizi la. Dengan keje dengan anak2 dengan suami
Dah hampir rasa nk tutup pun ye.

Ok. Hari ni aku tulis blog bkn sebab nk mengomel kenapa dah x tulis blog tp sebab nak blogkan pasal dak kecit Aliff ni tak sihat.

Start hari selasa lepas 12/03/13 masa balik keje mama ckp dia dh demam. Dia kan kalau demam sekalipun tak pernah tunjuk lembik. Tapi kali ni lain macam.

Esoknya aku decide tak pergi keje. Lagipun malam sblum tu Aliff mmg tak lena tido. Sebab demam ngan selsema agaknya.
Dah pagi tu aku tgk dia garu2 kat lengan dia. Hati aku dah tak sedap. Jgn2 demam campak kot. Harap2 bukan la. Tak boleh jadi ni. Terus call ayah dia yg tgh dlm meeting. Zassss gi jumpa Paed Aliff.

Confirm! Bukan demam campak. Tapi Hand Foot Mouth Disease. Aduhhh. Dugaan. Maka start la Aliff kena kurantin kat bilik sbb doctor kata ia berjangkit.

Dah la xde ubat. Cuma doctor bagi ubat spray utk kurangkan ulcer kata tekak dia. In the mean time aku just sapu lotion supaya x jadi gatal dan akan sebabkan Aliff menggaru je nanti.

Kesian Aliff.

Kesian abang2 tak boleh nak main ngan Aliff. Sabar ye. Buat sementara waktu je ni. Harap2 Aliff cepat baik.

Hari ni hari kedua. Nampak macam makin naik je kat kaki. Ngan tangan pun ye jugak. Ya Allah, sembuhkan la penyakit anakku ini. Biarlah aku yang sakit tp bukan dia. Kesian dia. Dia kecik lagi.





Tuesday, February 5, 2013

Azam Pertama 2013 : Exercise.. Exercise .. Exercise

Sejak dah beranak tiga ni terasa ukur lilit badan peha lengan semua dah bertambah. Takde lagi la feeling2 nak pakai baju size S. Kalau nasib baik muat la size M. Kalau tak size L pun boleh. Bayangkan la sebenarnya badan aku ni camana. Eh! Baik toksah bayangkan.

Tension tau baju semua kena beli size besar2 pastu kalau pakai mesti orang bajet ngandom lagi. Eiii tak suka mak tau.

Ammar lagi la. Kalau aku pakai tshirt cam ketat di perut, mula la dia tanya "dalam perut ibu ada baby lagi eh?" Sedih kan?

Oleh itu, ibu berazam nak exercise jugak di tahun ini. *masukkan muka ganas hidom kembang*
So, dengan tak disangka2 masa bergossip depan pagar dengan jiran2 gonjeng dan gojes2 ni terkeluar la idea ramai2 nak pegi daftar kelas Aerobik.

Kelasss kau kat Kota Warisan ni ada kelas aerobik. Siap ada ajar dance lagi. Suka mak-mak ni. Pakat-pakat dua tiga orang maka daftar la aku, mama ngan Rina (jiran depan rumah).

Kelas pertama free of charge. Kira trial la gitu. Kitorang amik pakej RM50 sebulan seminggu sekali. Kelas pulak ada hari Isnin, Selasa ngan Jumaat. Kitorang pilih hari Jumaat sebab malam tu takdela sibuk nak monitor anak buat kerja sekolah kan.
Kalau rasa- rasa tak dapat datang minggu tu, so minggu depan kena datang 2 kali. Okey la kan. Tak la burn je duit camtu.

Ni aku baru je balik. Eh tak la. Dah lama la jugak. Kelas start pukul 8 mlm sampai 9.30 mlm. Hari ni aku ganti utk minggu lepas punya. Hari ni punya jadual ada aerobik+ hi/low impact+ yoga.

Perghhhhhh keluar peluh tak hingat punya banyak. Pastu masa buat yoga tu i tell you nampak sangat peha aku besar sebab gila sakit dibuat nak bakar lemak ni tau. Ngelat2 jugak aku tadi. Tapi bila dah habis rasa cam best sangat.

Tang perut pun Gieha (trainer) ni cover banyak. Aku rasa habis dah lemak perut aku kena bakar tadi. Tak lama lagi six pack la aku. Hahahaha hampeh. Perasan weh. Baru masuk kelas 2 kali.

Overall aku suka. At least aku dapat me time. Aku dapat sihatkan badan. Aku dapat kecikkan peha dan perut aku. Aku dapat kawan baru. Aku suka la. So kalau boleh aku nak teruskan sampai bila2. In Sha Allah.

Best best best

Oh lepas ni kena shopping sport bra la. kelakar tgk diri sendiri terlompat2 dan benda lain pun melompat sama. Hishhhhhh




Thursday, January 31, 2013

Buku baru

Semua semangat nak buat exercise kat buku baru.

Tapi tak sampai 5 minit, adik dah menyerang abang- abang dia sebab dia rasa buku dia tak menarik.


Pfftt. Terjerit-jerit abang2 lepas sorang sorang kena serang.

Hmmmm adik oh adik







Tuesday, January 29, 2013

Sayu

Semalam adalah hari bergumbira sekeluarga.. bergumbira sebab dapat makan kat kedai mamak.. hahahah

anak-anak dapat pegi jalan2 (la sangat)

ibu, ayah, nenek, mak iti dan acu dapat makan tosei, capati ngan roti sardin kat mamak..
lama x lepak ramai-ramai.

lepas tu kitorg plan nak pegi Hospital Selayang nak melawat mak jiran aku yang sakit kat situ..kata doktor dia kena minor strok.
So, sampai sana kanak2 riang di jaga oleh Acu ngan Mak Iti. sebab diorg below 12 tak dibenarkan melawat.

aku, mama ngan cik A aje yang naik.

owh.. that is my mother in law.. sempat posing you!


Mak kak Aya ( jiran aku) kat katil 14.. ramai sedara dia datang melawat. Dia pun x sedar masa tu sebab tengah tido (haiyoo tido memang la x sedar). Nafas dia pendek- pendek. pastu dengar bunyi kahak. doktor tebuk leher dia sebab nak letak corong utk dia sedut neb. kesian rasanya. Mak kak Aya ni rajin senyum.. masa dia tido ni pun muka dia senyum je.

kami tak lama kat sana.. by 2 lebih dah bergerak ke tempat lain.

sampai rumah around 5.30petang.. masa aku tengah gigih menjahit seluar koyak Adam, masa tu dah pukul 6 lebih Mak kak Aya pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

rasa nak nangis bila dapat sms dari jiran.
mama bergegas ke rumah kak Aya.. to comfort her..semalam tu memang kak Aya yang jaga mak dia tapi sebab dia batuk ngan demam, dia mintak abang dia yang coverkan.. kesian kak Aya..

malam tadi aku borak2 ngan mama.. patut la aku tengok muka Mak kak Aya cam bersih je. tenang tapi aku tak mau la cakap ngan sesapa.. mama pun rasa cam tu jugak rupanya.. 

Allah lebih sayangkan dia. Dia yang meminjamkan kita di dunia ini.

sebak, sedih, semua ada.

so, minggu ni aku nak balik jugak jumpa mak dan ayah.
selagi dia masih ada.. selagi nyawa dikandung badan.. 



Monday, January 28, 2013

Jahitan pertama!

Orang beli mesin jahit, aku pun nak mesin jahit jugak. Berkobar- kobar semangat tu bak kata Makcik Rehan roh menjarum dah datang.

Macam- macam idea nk menjahit konon. Tapi satu hapah macam pandai sangat. Aim sebenar nak menjahit baju melayu anak2 untuk raya. Tengok je la nanti berjaya ke tidak. Masuk kelas menjahit baju melayu pun belum. Poyo sangat kan.

Tapi hari ni secara x rasmi aku dah guna mesin jahit baru tu. Agak2 jahit apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dalam banyak2 benda boleh jahit, aku cuma tampal seluar senam koyak cik mat Adam tu aje.

Sedih kan?

Sampai 4 lai mak kau kumpul seluar koyak baru nk jahit Dam.

Tapi mencabar gak dgn seluar dah haus abes kat celah kangkang tu macam dah xde suor lain yang Adam nak pakai yek. Padahal awal tahun ari tu 2 lai suor senam baru ayah dah beli.

Anak punya pasal rasmi jugak la mesin jahit ibu tu. hehehehe.
(Kalau x ntah bila mesin tu nak berasap kan?)