Monday, November 26, 2012

The Gingerbread Man

La ni Aliff dok suka sangat dgn The Gingerbread Man. Hari2 mintak pasangkan lagu ni.

Bangun tido, lepas mandi, lepas breakfast, lepas nap dan mcm2 lepas la mesti dok mintak nak tgk. Sampai kitorang pun dah hafal semua ayat dia. Cer bayangkan. Belum lagu lain lagi.

Hehehe. X kisah la dik.







Xtvt cuti sekolah 2012

Untuk bermain bersama - sama makcik pakcik yg ada kat rumah. Buat sementara waktu. At least this is the close one to Monopoly. 💃💃💃💃

Friday, November 9, 2012

Siaran tertunda - aktiviti minggu lepas

Esok dah sabtu. Ibu baru nak cite pasal sabtu lepas. Cehh. Lambat sminggu dah ibu wei.


Akibat mak bapak yang terlampau bizi dan hari2 balik bila dh masuk Maghrib, maka timbul lah rasa bersalah sebab x ada masa dengan anak2. Belum keje menteri lagi. Sebok bebenor gayanye.


So, demi nk bayar ganti rugi tu senang je anak2 ku ini. Bawak aje ke play zone. Paling dekat nun hah kat IOI Mall. Jadi lah.


Yang excited, yang lasak , yang paling seronok sekali ialah ...... ALIFF FAHEEM uolls.
X reti diam sekali. Cam dah besar lagak dia.


2 jam kat situ ibu ngan ayah yang pancit. Perghhhh. Penat tapi dok tengok diorg enjoy sangat2 rasa berbaloi kepenatan tu. pakkal je sekejap.


So sila enjoy tengok gambar2 tu ye.






Wednesday, October 31, 2012

Monday, October 15, 2012

Pimp my ride

Malam tadi bawak the kids g Giant Nilai sebab dah janji nk berjalan- jalan.
Diorang nk g Alamanda sebenarnya tapi sebab dh kesuntukkan masa Giant la yg paling dekat.


Lepas beli2 barang, Adam n Ammar nk g main kat playground dlm situ. Sekali ibu tgk ayah dah letak Aliff dalam keta ni. Ingatkan dia akan takut sebab ni first time tapi ibu is wrong hokey. Dia rilek plus excited gitu. Hahahah

Bila ibu sebok2 amik gambar, dia marah ibu lagi adalah. Marah sebab keta tu x gerak. Dasarrr budak lelaki.

Hmmmm budak kecik ni mmg adventurous la. Semua dia nk try.

Saturday, October 13, 2012

Satu tahun 3 bulan

Perkembangan terkini. dah pandai nk mkn sendiri. Tapi cam biasa la budak2 ni banyak main dari makan. Kita jugak yg kena suap dia.

Tapi x kisah la. Janji makan.


Ni masa dia mengepow sikit mee gorem buat bekalan abang Adam bawak gi sekolah KAFA.

Monday, October 8, 2012

081012

Goodbye BB

Welcome Iphone5 .... Eh salah taip pulak. 4s je la. Heheheheh

Tinggal lah harapan nk beli S3 tapi xpe. Kata orang tu musuh jangan di cari, reseki jangan ditolak. So boss dah bagi iphone ni maka amik sajelah khens.

Kan dah jimat takyah kuor duit. Jangan jd orang yg x reti bersyukur ye Elin!

Toce toce boss. I luv u la

So kat umah ni ada dua team. Apple vs Samsung. Setakat ni dua-dua team masih boleh bekerjasama. Eh, ada main gaduh2 ke? X la. Saje buat ayat ntahapahapa.

Maka dengan itu kita tgk jangkahayat iphone ni sampai bila ok. Sebab tu tajuk entry ni date je. Kira mcm sebeday dia la

So mari la kita sama2 meng browse apps apa yg best sambil terkial- kial menaip dan mendelete perkataan2 yg salah dr tadi.

Kalau ada tu , maap la ye. Makcik br je belajar
* terkial-kial seh guna keypad kecik

Friday, October 5, 2012

Aliff

pagi sebelum kena jab...
bangun2 terus carik remote nak bukak TV



sebelum kena jab ayah belanja breakfast kat McD.. habis dia mkn sekeping hotcakes.





ok dah sampai ke Klinik Doktor Florence... mula2 excited main kat luar
tapi bila doktor amik ukur lilit kepala terus dia menangis
Aliff cool kan?
kejap je dia nangis

oh lupa lak
kali ni berat dia 9.34kg

naik banyak sebab budak ni dah suka makan
semua benda yang kita makan dia pun nak jugak
x kira waktu dah masa
alhamdulillah

so ari ni last jab pneumococal (malas nk google ejaan sebenar)

kalau rajin lepas sebulan ni amik jab chicken pox pulak

insyaAllah

Unleash your true beauty


excited!!!

baru received tadi

dan x sabar nak cuba

kita mula esok ye

sebab kena minum sebelum breakfast

then kita tgk lpas sebulan

makin comel ke *perasan*

atau makin comot








oh sungguh x sabar!!!

Wednesday, September 12, 2012

My 1st D & C


Ye... aku baru lepas keguguran.. x la baru tapi dah nak sebulan jugakla.

Lepas bersalinkan Aliff, period aku cepat datang. Dah tu datang tiap2 bulan tapi kejap gap 3 hari pastu gap seminggu.. sukati dia nak singgah menyinggah bila gitu.

Then last period aku bulan Jun.. pastu dengan hati yang berbunga-bunga kekwa ni harap dapat lah berpuasa penuh..

dalam pada berbunga-bunga tu risau pun ada gak.. kot-kot

Then, aku beli jugak pregnancy test.

Sah! 2 line merah di situ.. konfem la tu kan

Cik A ajak g jumpa gynae aku, Dr. Raja Juhaidah.. aku pun buat lah appointment jumpa dia..

Akan aku ingat tarikh ni sampai bila-bila... 1hb Ogos 2012, ikut kiraan aku , baby dalam perut dah 8 minggu tapiiii gynae aku kata baru 5 minggu.. panik sudah di situ.




ni gambar dia


Dr Raja suruh aku datang lagi 2 minggu untuk konfemkan bila due date dan dgr heartbeat dia.. dan dia jugak advise aku x payah puasa...sebab baru lagi kan


so, dalam excited aku rasa sedih pun ada... excited sebab maybe dapat baby girl ke tapi sedih sebab Aliff baru je setahun. sian la kecik2 lagi dah ada adik..kan

Pastu, ada la 2-3 benda yang buat aku stress jugak time2 bulan puasa ni..

nak jadi cerita, 13hb Ogos tu aku dah start bleeding.. sikit..sikit...perut pun ada rasa sakit jugak.

aku budget sakit perut biasa je kot sebab aku makan agaknye.

Then, on 17hb Ogos, Aliff x sihat. Aku amik EL. sian dia. lepas dia tido petang tu aku gi gunting rambut. Nak rambut raya kan.. sambil potong rambut aku dok pikir nak g klinik lain tak? saje nak second opinion la kononnya.

ahhhh, kuatkan hati aku pegi jugak lepas rambut aku dah siap.. 

Dengggg, Dr. Maria pun cakap baby x grow.. it's like kantong kosong.

terus aku cam... blank pun ada..


gambar masa scan dgn Dr. Maria




tak percaya pun ada tau...

esoknya, memang hari appointment aku ngan Dr. Raja.. dia scan dan dia pun cakap " Confirm" U gugur.

bila aku cakap pasal bleeding, dia terus suggest buat D & C right away..

tapi aku ada banyak benda nak setel kat opis. Dia suggest aku buat petang la..

so, aku pegi jugak opis. jumpa boss, jumpa big boss, hand over keje n zuppppp terus tadah diri kat CAH.

Aku dah la ni first time nak beroperate bagai kan..
Nurse2 layan baik je.
Nak salin baju siap bawak ke bilik...hello, i can walk lagi *sebenarnya neves*
nak masuk jarum drip pun sampai 3 nurse dok keliling
pastu nak masuk OT pun ada nurse teman
sekali pintu OT bukak ...
haaaaaaa amik kau!!!!
5 nurse dan satu katil separuh single dah tunggu

cam nak operate satu badan lak ramainye..
dah la sejuk bilik tu sampai menggeletar satu badan..dasar x leh dok obersea camtu la..
pastu nurse yang baik  hati itu amik warmer letak kat kaki aku, baru rasa lega sket.

then, dr gynae aku yang baik tapi cam gangster tu sampai terus dia soh nurse yg baik hati tu masuk ubat kat jarum drip tu...

PUFFFFFFFFFFF!!!!
mak terus x sedar you!

sedar-sedar 2 jam lepas tu..



Aku ada buat research sikit.. menurut Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kandungan aku tu di kira Gugur Bangkai atau Kecacatan Kehamilan... "Kandungan yang tidak membesar serta janin tidak bernadi menandakan kecacatan kehamilan. Tetapi janin yang mati itu disaluti dengan pendarahan dalaman rahim yang merupakan sebentuk gumpulan isi serta darah"

Keguguran macam ni aku kena pantang 2 minggu...

so tu la ceritanya... sobs sobs




Monday, September 10, 2012

stokin baru!!

Cuns kan stokin baru iolls.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 9, 2012

Sakit lagi

Assalamualaikum

Gambar raya x letak lagi. Nanti la. X siap edit.

Ni pun cuma nak letak gambar kaki. Kaki? Apa kau hengat kaki kau lawa sangat ke mak long?

Hahaha.

Ai is terpelecok uolls. Kat Nilai 3 tadi masa nak g cari langsir dari satu kedai ke kedai lain. Nak beli langsir untuk bilik pengantin kat Kelantan minggu depan. Masa tu berdua je ngan Mama.

Ntah camana nk turun tangga, alah 2 mata je pun tangganya. Ai is salah bajet kot. Pop!! Terpeleot kaki mak ni hah. Herot berot muka tahan sakit depan Mama.

Tak pasal2 Mama kena ampu iolls nak g cari tempat duduk. Kebetulan dah nak jadi cerita Mama dah berkenan dengan langsir kedai sebelah tempat aku terpeleot tu. Tokei tu terus bagi aku duduk. Baru tu la urat jadi bengkak. Dan sakit gilssssssss.

Aku rasa ada la tu salah yang aku x perasan dah buat.

Terus mak ni call cik A. Ngadu la sket2. Hehehehe.

Btw, mahal kemain langsir2 kat situ sekarang. Xde la lawa mana pun patternnya. Pastu dulu rasanya upah jahit murah lg. Skrg rm7 untuk sekeping langsir. Dulu cangkuk free. Sekarang cangkuk kena beli asing. Hampehs tau

Since mama nak jahit pattern biasa je, mama kata baik mama jahit sendiri.

Hai la aku ni. Sakit sesaja sekarang ni. Ari tu D&C. Belum pun sebulan lagi. Ni terpeleot pulak. Dah makin 35 ni macam2 careless aku. Banyak dosa la tu.

Pasal D & C tu nanti ai cite eh. Terlupa nk scan gambar scan. Eh.

Sekarang ni nk sambung tuam ais kat kaki.

Tata.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 22, 2012

Aliff dan Tok Nyang Ngah

Lepas pegi rumah Mummy Datin kitorg pegi umah Tok Ngah. Tok ngah ni adik arwah Wan. Sekarang ni dia la satu-satunya atuk yang ada kat Kelantan ni. Tok ngah dah x berapa sihat. Kalau x silap dia terjatuh dan terus x kuat.

Aliff ni first time jumpa dia. Terus kamceng. Berpuluh2 kali nak ¤Salam¤ cium tangan tok ngah. Bila suruh baring ngan tok ngah, laju je dia.

Kitorang pun mmg rapat dgn tok ngah ni so rasa sedih jugak la bila dapat tau dia x sihat. InsyaAllah kalau panjang umur nanti kita jumpa lagi ye Tok Ngah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya dari ibu dan Adam. Ni pun dah raya ke2 br ada gambar dlm hp. Smlm punya gbr ada banyak dlm kamera. Nanti la ibu transfer eh.

ok la. Ni kat rumah mummy Datin Kubang Kerian. Ada open house. Kitorg tetamu pertama. Hehehhe.

Tengoklah Aliff x reti dok diam. Dah la ada jerawat nyamuk kat pipi tu. Rambut pun dh mcm temenggung jugah. Sukati la adik. Janji adik happy.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 14, 2012

Anak-anak ku

"selamat hari raya"

adik x reti diam

akhirnya ada jugak gambar Aliff ngan Ammar

Ammar gigih jaga adik dia

tengok tu

*senyum*


Jab setahun


Baru balik dari jab setahun.

Perkembangan terbaru:

Tinggi ada pertambahan

ukur lilit kepala pun bertambah

berat je naik sikit

8.5kg gitu

slim la mamat ni

tapi doktor kata sebab dia BF dan aktif maka itu tidak menjadi masalah

legaaa acik!

Friday, August 3, 2012

Pantry Magic!






Betul lah kata orang tu " Shopping is the best therapy". Memang menjadik la.

Ari ni mood aku agak ke laut sikit. So, aku moody je la. selain moody, mengantuk pun ada. Hehe.

Daripada aku mengantuk baik aku pegi Bangsar. Cam biasa la beli barang groceries SLR.
Pastu saje suruh Pak Mat drop aku kat Pantry Magic. Niat memula nak tengok2 je. Tapi bila dah melangkah  masuk sana, perghhhhhhhhhh terus rambang mata. Rasa macam semua benda takde kat umah. Padahal dah berlambak dah. Dasar orang pompuan kan. Ke aku je yang camtu? Hehe.

Pusing punya pusing.
Akhirnya aku tersangkut kat benda atas tu. Niat nak beli macam Giada punya tapi cam tak berbaloi pulak.
Tapi yang ni complete dengan sudu apa semua. Tu yang rasa cam harus beli. Hehehe. Harus eh?
Dan dan tu balik terus nak carik resipi Chocolate Chip Cookies. Dasarrrr... pastu bila dah buat tak jadi.
Dulikkkkk. Aku nak buat jugak.



Lepas bayar tengok-tengok dalam woven bag aku ada ni. Wahhhhhhhh, I likeeee. 
Acik jakun sikit eh.. Terus lepas ni pikir mmmmm nak beli apa pulak ye lain kali. Hahahahaha...

So, walaupun satu benda tapi hati aku banyak senang sekarang. Tak kisah dah tak beli barang raya apa untuk diri sendiri. Janji untuk anak-anak semua aku dah siapkan.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, August 2, 2012

Persiapan raya



Hasil tangkapan last week. Cari kat area Bangi je senang.
Dapat la songkok untuk Adam, Ammar dan Aliff.. suka pulak Aliff pakai songkok tau. jangan x tau, kepala Ammar besar setengah inci dari Adam..Perghhh.. aku saspek mesti sebab rambut dia tebal.. tu yang terlebih stengah inci tu.
Baju melayu Aliff walaupun x matching ngan abang2 dia tapi dia matching ngan baju ayah dia. kain pulak kain cotton. Boleh laaaa.




wooo.. ini mamat cukup susah sekarang kalau nak amik gambar. bergerak sesaje. Time ni dia nampak songkok dia, terus senyum melebar.

kata ayah dia, tengok je la berapa minit dia sanggup pakai.

untuk budak2 rasanya semua dah ready.. cuma tinggal nak cari sandal Adam je..

so weekend ni nak gi Banting gi cari kerepek pulak.. banyak pulak aku dapat order dari orang.
macam aku jual kerepek pulak. Kuih raya sendiri ntah bila nak start buat.

 man- man aaaa



Wednesday, July 25, 2012

Adam berpuasa



gambar lama tu.. x jugak..bulan lepas jek.. tengoklah rambut Adam n Ammar. MasyaAllah. sikit punya serabut bila dah panjang.

ni la gambar terbaru 3 beradik ni.. masa ni kat J-Kids Playground kot kalau x silap namanya. kat Tropicana Mall. Ada birthday party anak kawan kat situ. bila dah sampai sini, depa punya main sampai x ingat mak bapak.. termasuk yang kecik cenonit tu ha.. laju je manjat sana sini.

eh dah dah.. bukan nk cita pasal playkids tu..

ni ha nak cite pasal Adam berpuasa.

tahun ni baru nak latih Adam berpuasa betul2. maklumlah dia kan al-manja dan al-ngades.. dah tu al- lembik pun ada. so memang 'Agak" mencabar jugak la nak ajak pakcik ni berpuasa.. bangun sahur setakat ni ok je.

Hari pertama, pagi ok.. dah nk tengahari dia amik kain, basahkan then letak kat kepala.. ingatkan sebab cuaca kat luar panas.. memang panas pun kan masa first puasa tu.. pastu by 5pm dia dah x larat sangat2. amik termometer, check pakcik ni...zuppp temperature dia 38.5' ... mak aihhh sekejapan... sayangnye la hai. lagi 2 1/2 jam nk berbuka tapi aku lg kesian kat pakcik ni.. akhirnya berbuka la Adam hari tu... dehidrated la aku rasa.

hari kedua, still x puasa jugak sebab demam x turun lg. tapi by 5pm dia kata dia nak puasa sebab dia dah ok. ada ke macam tu?

then semalam ngan ari ni dia berpuasa ... Insya Allah.. ibu ngan nenek hari2 layankan aje apa dia nak makan utk berbuka. kasi up sikit semangat tu.

time sahur pun nampaknya ada progress sikit. makan pun okeylah.. tapi kena ikut selera dia la.. dah 2 ari aku masak nasi goreng untuk dia, habis pulak makan. bila hari pertama ari tu bagi nasi putih, cam x lalu aje.. 
ah, dia kan mat nasi goreng. selera sokmo..

hari ni ntah camana pulak la ragam dia.. harap tahun ni Adam dapat puasa lebih la dari tahun lepas ye..








Monday, July 23, 2012

Nak.. nak




bukan nang nak tapi NAK...NAK

sejak dua menjak ni, Aliff suka tiru apa orang cakap..

kita cakap lalalalala..dia pun ikut

kita cakap apa je  dia mesti nak cuba ikut jugak

baru terperasan sejak semalam, Aliff pandai cakap nak if he wants something.

bukak tudung saji dia cakap nak dulu bila nampak makanan

nak ajak keluar pun dia cakap nak

nampak abang2 mandi pun dia cakap nak

even nak susu masa dia tido malam pun dia cakap NAK!

heheheh.. sweet la ini budak..

manja pun satu hal

nak berkepit ngan ibu jeeee

paling kitorang suka the moments dia bangun dari tido

dia akan menyengih tunjuk gigi 6 batang tu

dan landing2 kejap atas katil

dah boring baru dia turun katil sendiri..

haii Aliff, kan best kalau ibu dapat dok rumah n ngadap Aliff ngan abang2 je

yeahhh i wish so

Kurma Ramadan



rezeki pertama di bulan Ramadan... 

Friday, July 20, 2012

Menu berbuka puasa


tengah bizi ni...

tengah mendraft menu berbuka puasa untuk SEBULAN!

bukan untuk diri sendiri tapi untuk opis ni ha

poning pala acik nak match mate kan satu persatu

kang ada yang x serasi x sedap plak makan

idea... mari la idea....

Wednesday, July 18, 2012

sama ke?





senyuman yang sama tapi lain orangnye.


* gbr Adam je x dapat jumpa. kalau x boleh compare 3 org sekali