Friday, October 29, 2010

Pengganti Beckham


Lama sungguh tak beriadah..bila weekend je asyik sibuk ke sana ke mari sampaikan nak ber'exercise' pun susah.. hari ahad lepas sempat bawak diorang ke taman dekat Presint Diplomatik ni..sampai-sampai je tengok orang pun dah ramai. ada yang layan anak main kat playground, ada yang turut berjogging, ada yang sama nak main bola..so Adam n Ammar pun sibuk nak ber'bola jugak..

hmm ini lah gaya kalau ai sorang je pompuan dalam family..nak tak nak terpaksa gak lari-lari layan bola sama..what to do.. x kan ai nak jogging sorang-sorang? oh no... tapi best jugak tau main bola sesama...heheh



most of the time Ammar yang conquer bola..asal x dapat bola kat kaki dia je mula la nak melalak...sampai merajuk Adam.. asyik adik ajeee... tu la sape suruh bawak bola satu je..kan dah berebut.. Ammar nampak gak la skill main bola dia but Adam selalu miss je.. Adam berbakat dalam melukis dan mendesign benda je kot...xpe Adam..cuba lagi next time.


see budak ni... konon gelecek bola la tu dan abangnye yang setia menjadi penjaga gol yang tak seberapa tu..

Overall, semua orang berpeluh sakan kecuali ibu sebab peluh ibu ala-ala malu nak keluar..sebelum balik rumah sempat lagi singgah 7/11 gi beli jajan dan kebetulan depan 7/11 tu ada kedai lampu. apalagi singgah jugak tengok-tengok harga lampu untuk rumah KW....tengok je...

Malam tu semua orang berlawan dengkur sebab kepenatan..ai je tidakk....*x mengaku tu*

Thursday, October 28, 2010

kata orang rezeki jangan di tolak


siapa suka tolak rezeki? siapa?siapa?
xde kan.. semua orang bila doa tu mesti mintak dimurahkan rezeki lagi.. betul tak?
sama la macam aku.... hehehe..

BB x habis belajar lagi dah kena belajar benda baru..( jangan muntah hijau ye bila baca statement ni)
aku bukan la penggemar gejet-gejet canggih yang dalam pasaran semasa adaaaaaaa je teknologi terbaru... bagi aku asal ada satu benda dan masih sihat dan selamat untuk digunakan tu dah cukup bagus dah rasanya.

x sampai 3 tahun (kot) aku pakai E71 yang diberi oleh cik PS, baru-baru ni masa raya aku dapat plak BB Bold 9700.hadiah raya you! i luv u la boss... handphone baru maka budget bil bulanan pun up la..nasib baik boleh claim kat company..plus ada company rate yang dimana free of charge kalau aku contact kelig-kelig yang sama company.. kalau tak mesti tercekik aku nak bayar bulan-bulan.. aku bukan kedekut tapi keperluan lagi banyak maaa.. la ni still belajar camana nak fully utilized that BB.. ada sape2 nak bagi no PIN?  hehehe...


last week plak, 
teng tedengggg... saya dapat Ipad....*senyum sampai telinga*
tapiiii bukan untuk leisure2 ok.. ini untuk kereje...di ulang... untuk keroje...
as my private diary pun ye jugak.. PS bagi sebab senang aku nak jaga jadual appointment dia ke apa-apa ke..plus boleh masuk movieeee yang maha banyak * haaa penuhkan la 64GB tu*


my new hobby... luv..luv..luv


pasal Ipad ni jugak ada orang merajuk dengan aku.. bukan aku yang hadap sangat nak Ipad ni tapi dah orang nak bagi tak kan nak tolak pulak..rugiiii nanti....tapi now orang tu dah tak merajuk dah cuma dia tak mau dekat-dekat ngan Ipad saya lagi *wink*

oh budak ni sangat sangat.....

apalagi aku pun download la segala game yang free dalam ITunes dan hasilnye............ sampai hari ni berebut ngan budak di atas tu sebab dia sebok nak main game yang dia sendiri tak tahu..suka-suka dia je nak touch itu ini dan camana dia pandai main touch-touch sendiri pun aku tak tau....ada sekali tu aku tipu cakap bateri dah habis baru dia tak sebok selongkar beg kerja aku cari Ipad tu...
but, bagusla Ipad tu untuk budak-budak...sungguh...

so, saya budak baru belajar tapi tak tau la sampai bila akan pandai...hahahaha

Monday, October 25, 2010

aisehh

beria-ia nak update blog..
cable bawak
story dah baik punya simpan dalam kepala
tapi
kamera tertinggal daaaa

alaaaaaaaaa......

Friday, October 22, 2010

Cuti2 family cik A


last sunday, kitorang berkesempatan mengikut Cik A ke Kuantan. Dia ada meeting kat belah-belah sana.. so kalau ikutkan satu ari je tapi anak bini still nak menyebok jugak kan..hehehe..tengah ada chance..mana la tau kot-kot lepas ni dia dah bertukar ke bhgn lain x dapat la nak merasa tido2 hotel lagi..
normally, kitorang bukan x biasa ngan area cherating...cheeeewaaaahhhh... cakap x agak2...hehe bukan cam tu..sebenarnya tiap kali raya season mesti nak tido gak semalam kat cherating sebelum meneruskan perjalanan balik ke kelantan...macam2 hotel dah try..ada yg ok ada yang tidak..depends la..so this time kitorang pilih Impiana Hotel.. saje nak try...

at first amik bilik superior tapi x dapat nak check out lambat...then kena la upgrade ke bilik deluxe...mmmm, boleh la

masuk2 je bilik...i likeeee... sebab lantai dia kayu.. heheheh

tengokla katil dia..ada tiang you (mood jakun sket)
** mak dot!! ai tido katil bertiang cam u nak tuu...jgn jeles eh

 ni meja study
konon2 adam nye meja study la...perasan la adam ni


 permandangan luar bilik

ala tv..kecik weihhh  tapi ok la dari xde kan

 set sofa 

 pangkin sebelah tingkap (sesuka aku je panggil pangkin)

ni hiasan semata-mata

kitorg check in pun dah kul 5ptg apalagi zassssss aku ajak bebudak ngan bapak budak mandi kat swimming pool

 sorry aaa budak ini agak jakun sket ngan pagar2 ni

masa kat toilet seblah swimming pool aku discover ni 

and ni

agak cool kan.. hahahha sumpah mat2 saleh mesti x paham

sesudah mandi, kitorg saje je ronda2 tepi pantai...ngan baju mandi pun x tukar..agak menarik jugak la kemudahan2 yang ada kat sini..
ada bengkel batik
ada kemudahan basikal sewa
ada padang main bola
ada padang netball tapi gila tinggi gol dia

yang best
ada buai tayar

adam agak gayat jugak...kejap je dia naik..
ammar? hmmm xde nye berani dia

hahaha..mak dugong pun nak naik u ollss
tengok tu sehingga menjejak ke pasir
berat weihhh

cam zaman dulu2 kan?
kena basuh kaki sebelum masuk rumah eh hotel

malam tu kitorang makan kat Warung Awang Ikan Bakar @ W.A.I.B. selalu memang makan kat sini pun. yang sedap ikan masak 3 rasa ngan sotong goreng tepung...perghhhhh....dah kenyang makan apalagi balik hotel la....tidoooooo

the next morning, sejuknyeeee..ye lah malam tadi hujan selebat2 nye plus petir kilat sume ada

masa ni cik A dah g meeting..
boring la...pastu aku ajak bebudak g main pasir..





yeay! im so happy ibu...
thanks bawak adam g tido hotel

well, kitorg check out pukul 3pm.. kalau ikutlan hati masing2 nak je stay lagi satu malam..apakan daya kerja sudah menanti...sekolah pun sudah menunggu woo..
lenkali kita bercuti lagi ye anak2 sekalian

Wednesday, October 20, 2010

Quick update!

pasal apa?

pasal rumah la...

now cik A dah buat decision pasal extend dapur ngan grill..yeayyyyy!
1st thing 1st kena submit permohonan ke majlis daerah.
hope semuanya berjalan lancar dan dapat siap sebelum adam start sekolah nanti..

insya Allah!

Friday, October 15, 2010

kc hunting begins



Masa untuk mencari ciri2 kicthen cabinet yang cantik lagi sesuai dengan kocek lagi sesuai dengan functionnye lagi sesuai dengan citarasa....

actually i have no idea nak KC yang camana... bila cik A tanya aku nak KC yang camana, terkebil-kebil aku tengok dia...ngeeeeee
yang aku mau:
* warne putih
* ada rak susun pinggan lepas basuh
* cabinet atas x mo tinggi sangat sampai tahap kena mendongak kalau nak amik barang
* sesuai untuk orang kemetot cam aku ni
* yg penting dapur kena terang benderang


dapur aku pulak U shape... mari kita tgk contoh2 dapur yang aku dah short listed kan....


nampak tak rak pinggan dia...yang cam tu la aku berkenan


merahnye mak long! 
design dia balance kiri dan kanan i likeeee

modern, warne menarik dan simple... sangat tenang je

tengok rak pinggan dia..lagi cantik wooo
very the lawa dan sangat berkenan tapi ongkosnya? hmmmmm

i like this one
simple, warne biru dia soothing sangat

lawa kan??????

tu la nak kena buat sketching dapur camana yang aku mau...kena amik kira table top la itu la ini la...
rupanya banyak benda gak nak kena pk ek...

which one yang korang berkenan?


Thursday, October 14, 2010

tanda

semalam satu hari suntuk kaki aku rasa berderau aje..ade ke kaki berderau? ala, aku nak explain pun tak ghetii
tetiba aku rasa cam " eh, ni tanda nak mati ke?" (boleh ek pk cam tu)
so pagi ni terus aku search pasal tanda-tanda sebelum mati...
just for my info and untuk tatapan korang jugak.....




“TANDA 100 HARI SEBELUM MATI”

“Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

“TANDA 40 HARI”

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

“TANDA 7 HARI”

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

“TANDA 3 HARI”

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

“TANDA 1 HARI”

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

“TANDA AKHIR”

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahu'alam.

Wednesday, October 13, 2010

101010


date yang cantiks

tapi last year date yang cantik merupakan bday cik A - 090909

hari yang malasssssss nak keluar...lupa plak adam ada klas swimming pulak

since the kazen cik A yang ramai2 tu ada kat rumah..maka depa buat plan jahat nak mengepow kazen depa yang lagi sorang tu...hahahah...i follow jeee....lebih kurang kul 3 lpas aku p tempah baju... dah lama ai x tempah baju you..lepas raya baru nak tempah..ishhhhh ishhh ishhhh....sambung cite.... tengah2 aku bersiap depa dah chow dulu g The Mines...chett..tinggal kan aku yek... so i follow again ke The Mines...

masing2 dah mula main bowling... gile lama aku x main bowling sejak tangan aku patah dulu....mau ke x mau..kang patah lagi camana...x kottttt...so aku pun menjoinkan diri main bowling....
Adam ngan ammar pun sebok gak nak baling bola tu..layan kan aje...


aimi n tini

peserta2 terer baling dlm longkang

tapi yang baju pink itu aka cikgu murni memang queen longkang...
jangan marah aaa murni

kompom lepas ni murni training senyap2 prektis main bowling...siap aaa lepas ni ada rematch
well, seronok gak bila reramai kumpul.... rindu plak kat adik beradik aku...ntah bila kita nak wat plan bowling camni....

lpas main bowling...masing2 lapar...so Tini belanja KFC...pergh...kenyang makan KFC kitorg...pastu round2 kejap trus balik.....

tu la xtvt 101010....



Zaki's wedding


Last friday, mujur big boss xde...hehehe dapat la balik awal... lepas maghrib zassssss semua orang bergegas ke wedding Zaki..Zaki ni Cik A nye kazen.. buat pulaks kat Bukit Damansara...semua org no idea tempat tu kat mana...and luckily, aku sempat riki tempat tu 3 days before...

Zaki n Khaty with mama, aunty jah, mummy and half of family uncle ghalim...
half baruuu


sampai2 je, acara makan buffet style...wahhhh cam tau jek perut ni dari siang x makan nasik...tambah pulak nasik malam tu sedap ( ke sebab dah lapar sangat?)  apalagi sakan la aku makan...Ammar n Adam sampai dua kali tambah nasi... confirm sedap la kan...
this wedding dah jadi macam family reunion..kalah masa raye ari tu... yang dari kelantan turun..dari melaka pun naik..kira memang ramai la... by 10pm wedding cam dah abes la kan tapi sebab yang tuo-tuo x abes borak maka yang mudo-mudo asyik ulang alik maaaaaaakaaaaaan je kejenye.... 




me, mama, kak su (kakak zaki) mummy n budak perempuan bunga

budak2 perempuan bunga...

mingle-mingle lagi

dua pasangan kazen yang x bahagia...hahahah..larikkkkkkksssss


well, congrats Zaki n Khaty...

Tuesday, October 12, 2010

bizi saturday


akhirnya, aku bagi jugak Adam main PSP tu ( sambungan entry sebelum ni) .. dengan syarat2 nye no more botol susu.... berjaya pun tido malam tu..saje je selama ni..ngade lebeh....

so esoknya aku pun bagi la kat dia....excited sungguh....pastu Ammar pun sama join main...
dengan adam aku kata boleh main tapi bangun tido kena kemas tempat tido, mandi, breakfast, kemas toys pastu dah ok semua baru boleh pegang PSP tu...huh  banyak cekadak la ibu ni...

Ammar plak secara tiba2  x mo pakai pampers dan pandai pulak buang air besar kat toilet...very impressive...pastu claim diri sendiri good boy..boleh gitu?



sian la hai..anak sapa la ni..

dah dapat sorang satu, so aku ngan Cik A dengan senang hati leh keluar berdua-duaan..pheeewwwit...konon nk g meronggeng tapi nan ado.. kitorg zassss ke KW amik kunci umah....

alhamdulillah....


permandangan dari bilik tido ai..

check segala bagai...take note apa yg nak kena buat...budget kejap je nk melawat..sat lagi ada plak orang mai .....meng'offer'kan eh bukan mem'promote'kan company sendiri untuk buat semua keje reno...hat yang cina letak harga grill IR satu rumah RM5k or less...hat yang melayu letak RM5500 sama jugak IR...letak la harga korang dulu eh... aku nak tengok the best quotation br aku jadi buat..

awat aura nak masuk rumah baru aku x mai mai hah?
hmmm


Thursday, October 7, 2010

PSP oh PSP

credit to gamingbolt.com

gambar sendirik ada tp malas nk upload plak



Hari Raya ari tu Adam n Ammar dapat hadiah raya which is Sony PSP dari PS.. each of them.. gila kentang kan.. yang paling syok PS pi tempah PSP and cam biasa aku yang kena pi amik n bayor...and cam sengal jugak la sebab kena belajar cara2 menggunakan PSP dari tokei kedai game tu... sumpah aku x paham sebab aku terlalu "TUA" untuk main PSP..huhuhuh..dah tua dah...

okeh... the thing is sampai dah nak abis raya aku x bagi2 lagi PSP tu kat depa berdua..hahahah kijam kan...well, kalau ikut akunye kepala kalau nak something kena trade ngan something jugak...maksudnya adam kena janji n buat something untuk aku baru boleh aku bagi PSP tu.. double kijam...apa yang adam kena janji tu ek?
hmmm aku cakap kat dia ari tu suruh dia stop hisap botol susu masa nak tido...dah 6 tahun beb... tahun depan dah nk masuk darjah satu..

tapii, takkkkkk jugak dia tunaikan... bila mintak susu ngan aku x dapat, maka dia akan mintak atuk dia buatkan...bijak bijak...so sampai ke hari ni dia still ngan habit dia..
.
.
.
until
.
.
.
this morning, masa dia baru lepas mandi dia ternampak aku tengah menggodek PSP tu sbb Cik A main malam tadi sampai hanggg....terus Adam " ibuuuuuu, Adam nak tuuuuu" (sambil mulut memuncung ke PSP kat tangan aku)... so, again, buat deal lagi... boleh main setiap malam sabtu n hari sabtu sahaja.... ari lain no way and x mo hisap susu lagi....hahahaha... banyaknye permintaan ibu dia ni..

the thing is, bukan aku kedekut benda2 tu ngan adam... ngan ammar..tapi aku x mau dia leka sangat..aku x nak dia taksub sangat ngan benda2 games ni....apa lagi games dia nak..games kat computer dia dah terer, games kat Wii dia dah boring..inikan pulak games kat PSP... before this pun aku download macam2 games kat E71...padahnye tiap kali kitorg balik keje, anak2 nampak muka kitorg je terus " ibu, ayah, pinjam henpon boleh" ......grrrrrr.....tu pun sampai nak tido pun sebok nak main games kat henpon.. ni apakan lagi dah ada PSP........arghhhhhhh.... tensen ibu ni..

ok, akan aku bagi PSP tu esok malam provided start malam ni Adam x hisap botol lagi... deal lagi ibu ni.....and hopefully, bila dah dapat PSP tu dia x ngamuk2 lagi mintak games lain...cedera parah ibu nak melayan dia nanti...

but still, patut ke aku bagi kat dia PSP tu?

arghhhhhh....tensen ibu



Tuesday, October 5, 2010

nothing makes me happy


when they smiled happily

Adam enjoying his sausage egg mcmuffin

and budak lapar sentiasa
Ammar with McD big breakfast.... ayah punyer actually but sudah dikidnap oleh dia




Monday, October 4, 2010

yang jarang2 dapat dilihat


on the way nak amik kereta dari pusat servis, ternampak satu kejadian yang jarang2 aje akan berlaku...
bagi aku ni lah first time tp x tau la orang lain
hehehe..

selalunya kuda2 akan naik kenderaan khas kuda kalau nak kemana-mana..ala cam kandang kuda bergerak tu
tapi kali ni lain sikit

taraaaa

syok wooo
manyak angin ..
betul2 makan angin kuda2 tu

naik lori ni je?

aku yang seriau buatnye kuda ni gubra pastu trus melompat kuar ke 
tapi kuda2 tu rilekssss je..
sekali sekala berjalan sambil melayan permandangan jalan yang sentiasa jem tu
apa salahnye kan?

ke mana lah kuda ni nak pegi...

Saturday, October 2, 2010

Selamat berhujung minggu!




weekend ni g mana korang?
mesti banyak open house kan...
kitorg pun sama....enjoy open house sampai mabuk..

sekadar gambar hiasan:   ciken naget buatan sendiri


HAPPY WEEKEND!



Friday, October 1, 2010

bumper ku calar

x pasal-pasal calar keta aku



semalam masa balik keje, aku lalu tol mines 
dan adalah sebulan sekali  kalau jem betul2 lpas tol tu... 
bukan apa keta dari 7-8 lane nak jadi 3 lane...

masa nk sampai ke tol tu aku dah nampak jem 
trus hati aku kata  "ahh sudah..." cam x best jek rasa
memang betul
right after aku dapat masuk lane kanan cam selalu
yang diberi laluan oleh persona ngok ngek
jalan tersengguk-sengguk x sampai 10 meter

"DANGGGGGG....!!!!!!"
persona ngok ngek langgar bumper aku
hangin la makcik ni
dah la ngan panik sekali
aku turun ( err berani plak aku masa ni)
check bumper aku (lantak la dah la jem..lagi jem aku buat)
seb baik calarr aje
kalau kemek bumper aku masa tu
aku pun x tau nk buat apa....
panik punye pasal

persona ngok ngek tu punya keta patah no plat
calar oso
but dia wat dek x de mintak maaf langsung
masa aku nak amik tepon kat keta 
dia terus tukar lane..

BODO PIANG nye owner persona tu
dah tau tgh jem 
agak2 aaa jalan slow2
budget nak rapat2 konon pandai budget la tu 
x kena keta orang
bodos seploh kali bodoh  la dia tu..

hishhhhhhh
hangin aku....
ko hengat keta ko yg modified ala-ala sepot tu 
cantik sangat? bagus sangat
otak kat tayar sungguh

susah sangat ke nak mintak maaf sebab dah buat salah?
aku bukan reti nak mintak duit2 bagai
ni la 1st time kena camni

xpe ko x mintak maaf kat aku
Allah bayar lagi teruk kat ko nanti
siap la ko

hishhhhhhhhhhh