Saturday, December 31, 2011

ayunyeee



siapa la yang dengki anak dia camni yek?

ishhh ishhh ishhhh


Friday, December 30, 2011

25/12/2011

Orang sibuk berKrismas, kita sibuk berkenduri. Kazen cik A nak bertunang.. Dapat pulak orang satu kampung ngan makcik Cik A yang kat Sg Serai, Kuang tu.. mmm ok la..senang cerita..dekat pun dekat.

Ammar n Hafiy serta makcik2 dan Cu Dib

Ammar tinggal ngan nenek ngan Acu ngan Mak Iti kat sana.. Adam x boleh stay sebab ada kelas Taekwondo petang sabtu tu..kitorg balik je ke KW, diorg kidnap Ammar bawak g Jusco Rawang..siap makan Pizza Hut lagi..Jeles sampai sudah abang Adam.


Then on 25th tu alhamdulillah, hari panas terik walaupun hari sebelum tu mendung dari pagi sampai ke malam.. dan dah lama jugak x buat gathering sesama sendiri.. so seronok jugak la semua ada. Dekat2 pukul 3 baru kitorg gerak ke rumah bakal pengantin perempuan.

 dayang-dayang pembawa hantaran

 bini sapa la yang gediks hover ni tau


ni la bakal perantin nye
selamat bertunang Afif dan Nurul

 InsyaAllah majlisnye dalam tahun ni jugak..
tapi tak decide bila

so abe, cepat bagitau theme kaler apa ye
ai nak plan2 design baju camana ai nak pakai
hahahah..
memang hover

Thursday, December 29, 2011

Happy birthday mak




HAPPY BELATED BIRTHDAY MAK
27/12/2011

ari tu dah wish tapi nak jugak buat special entry untuk mak

tahun 2011 umur mak dah masuk 55 tahun
tapi nampak still muda yo..

along sayang mak sangat2
along harap sangat along dapat spend banyak masa ngan mak
tapi along jauh
tapi tu bukan alasan kan
xpe
dengan dekatnye rumah Dot kat Batu Pahat 
maka kita akan selalu jumpa kat situ

ai luv u mak
semoga mak dipanjangkan umur
diberikan kesihatan yang baik
sentiasa dalam lindungan Allah

thanks for everything..

muahhhhssss


Wednesday, December 28, 2011

Upah check gigi



semalam ibu keje half day..
sebab nak bawak Ammar gi jumpa dentist..

ari sebelum sebelum tu dia menangis sebab ada satu gigi dia dah goyang sikit
Ammar ni kan tough orangnye
setakat sakit sikit2 x herannye dia nak menangis
tapi hari tu beria-ia dia menangis
maknanya memang sakit sangat la tu
masa tu pulak dah nak dekat pukul tujuh malam 
dan kitorang masa tu masih kat Tangkak
sebab hantar Ika ke Kolej Matrikulasi Johor
mana nak cekau klinik gigi kat situ kan

so semalam, alang2 ayah x keje 
terus bawak dia g dentist
first time ni
anak x nebes
ibu yang nebes lebih

alhamdulillah
Adam pun nak cek sama
lagiii bagus
gigi Adam ok cuma ada sebatang gigi tu dah mmg nk kena cabut
so cabut gak la semalam..
nangis sket jer

bila turn Ammar, gigi yang goyang sikit tu doktor kata biar je 
then ada 3 gigi Ammar nak kena tampal
member steady je dulu
dah lepas 2 batang gigi kena tampal baru dia rasa pelik
terus tak nak

then lagi satu tu doktor kata tunggu dia ready la

oleh kerana anak-anak ibu berani jumpa dentist
maka ibu dengan senang hati terpaksa la membeli ikan
dah janji pun
so untuk permulaan sorang dua ekor je dulu
kang kalau berani gi jumpa dentist lagi baru ibu tambah beli ikan lagi
bagus anak ibu bagusss


so ayah
kalau ibu berani jumpa dentist ayah nak bagi ibu apa yek?
SII ke Iphone 4s?
hehehehheheheheh





Tuesday, December 20, 2011

Love this!


¤Salam¤,

Currently ibu punya wallpaper kat desktop office gambar ni la. Gambar Aliff dan Tok Man masa kat tepi pantai Tanjung Leman.
Rasa bila tengok gambar ni cam tenanggggg je.


Love both of them so much..


Adam n Ammar pun ibu luv jugak.


Ayah dia pun sama.


Sume la ibu luv.


Hehe

Thursday, December 15, 2011

Kaki gambar



Menyengih aje budak ni tau kalau orang amik gambar. Memang kaki gambar sungguh!!!


Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Balik kampung 2011


Salah satu saat paling best dalam hidup ialah bila dapat balik kampung. Tak kira kampung mak kat Johor atau kampung mama kat Kelantan. Dua-dua ada tempat favret tersendiri.


This time balik rumah mak aje cuti sekolah hujung tahun. Eh x jugakkkk. Ari tu ada pegi Pusat Sains Negara tapi tak terbuat lak entry pasal tu. Ok. Cite pasal balik umah mak eh.



The kiddos mmg dah x sabar. Ingat tak ari tu Adam dok sibuk nak main layang2? Akhirnya kitorg beli jugak layang2 utk dia. Tapi dgn syarat main kat rumah mak. Sampai rumah mak, x menyabar nak main tp hari ujan pulak. Kensel plan. Then ari ni, elok je ari x panas, angin kuat so ibu biarkan dia main layang2 ngan kazen2 dia. Tapi space kat umah mak kecik je. Ada can ibu nak ajak atuk g laut aka tepi pantai. Jangan hujan kat laut sudah.



Ok la. Nak siap2 la. Bawak khemah, bawak layang2. Kang kat laut kita beli KFC je la. Kelassss ko tepi laut aku ada KFC. Hehehhe

Thursday, December 8, 2011

Aliff Faheem is 5 months today!


alhamdulillah!

this cheeky boy sudah 5 bulan ari ni..
gambar tu gambar fresh pagi ni.

perkembangan Aliff so far:
dah pandai meniarap dengan jayanya
dah pandai depang tangan nak suruh orang dukung
dah pandai nangis kalau xde orang kat depan mata dia
dah pandai nak duduk tapi belum lagi
dah pandai grab barang depan dia
gatal gusi as always
dah pandai kenal orang
baju2 yang 6 bulan dah kecik kat dia..pakai boleh tapi sat gi nampak pusat
kalau orang makan tu dia tengokkk je macam nak pun ada


ramai orang cakap muka Aliff macam abang Adam.. hehe ada sikit kot
tapi perangai ada jugak sikit macam abang Ammar
especially tang nak tido
dia ni kena extra gelap baru dia nak tido (kalau malam la)
kalau siang ok jek

alhamdulillah jugak
abang2 dia rajin jaga Aliff ni
infact Aliff ni pun macam x sabar nak join abang dia main
sabar ye..kecik lagi
dan abang2 dia pun less degil sikit bila dah ada Aliff
hmmm.. masing2 dah rasa bertanggungjawab

suka ibu nak!

Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah


Thursday, December 1, 2011

MC hammer lagi

Ibu MC lagi ari ni. Keadaan kegatalan tidak berkurangan. Maka pegi menjengah doktor la jawabnye. Kali ni cer try doktor lain. Terus injection yg di bagi.


So keadaan sekarang adalah sangat sangat mengantuk dan sudah berada di atas tilam empuk nak beradu. Cik ayah dah pesan kat adam n ammar jgn kacau ibu coz ibu nk rest. Heheheh. Sgt syok.


Boss pun sounded cam hangin sbb ibu MC but kalau wa p keje wa lagi tido serupa jugak wa talak g kije. Soorry la boss. Sangat2 x larat dengan kegatalan yg melanda. Have to knock me down.


K la. Off to lala land. To wake up when Aliff nak susu nanti. Later peeps .





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.