Saturday, December 31, 2011

ayunyeee



siapa la yang dengki anak dia camni yek?

ishhh ishhh ishhhh


Friday, December 30, 2011

25/12/2011

Orang sibuk berKrismas, kita sibuk berkenduri. Kazen cik A nak bertunang.. Dapat pulak orang satu kampung ngan makcik Cik A yang kat Sg Serai, Kuang tu.. mmm ok la..senang cerita..dekat pun dekat.

Ammar n Hafiy serta makcik2 dan Cu Dib

Ammar tinggal ngan nenek ngan Acu ngan Mak Iti kat sana.. Adam x boleh stay sebab ada kelas Taekwondo petang sabtu tu..kitorg balik je ke KW, diorg kidnap Ammar bawak g Jusco Rawang..siap makan Pizza Hut lagi..Jeles sampai sudah abang Adam.


Then on 25th tu alhamdulillah, hari panas terik walaupun hari sebelum tu mendung dari pagi sampai ke malam.. dan dah lama jugak x buat gathering sesama sendiri.. so seronok jugak la semua ada. Dekat2 pukul 3 baru kitorg gerak ke rumah bakal pengantin perempuan.

 dayang-dayang pembawa hantaran

 bini sapa la yang gediks hover ni tau


ni la bakal perantin nye
selamat bertunang Afif dan Nurul

 InsyaAllah majlisnye dalam tahun ni jugak..
tapi tak decide bila

so abe, cepat bagitau theme kaler apa ye
ai nak plan2 design baju camana ai nak pakai
hahahah..
memang hover

Thursday, December 29, 2011

Happy birthday mak




HAPPY BELATED BIRTHDAY MAK
27/12/2011

ari tu dah wish tapi nak jugak buat special entry untuk mak

tahun 2011 umur mak dah masuk 55 tahun
tapi nampak still muda yo..

along sayang mak sangat2
along harap sangat along dapat spend banyak masa ngan mak
tapi along jauh
tapi tu bukan alasan kan
xpe
dengan dekatnye rumah Dot kat Batu Pahat 
maka kita akan selalu jumpa kat situ

ai luv u mak
semoga mak dipanjangkan umur
diberikan kesihatan yang baik
sentiasa dalam lindungan Allah

thanks for everything..

muahhhhssss


Wednesday, December 28, 2011

Upah check gigi



semalam ibu keje half day..
sebab nak bawak Ammar gi jumpa dentist..

ari sebelum sebelum tu dia menangis sebab ada satu gigi dia dah goyang sikit
Ammar ni kan tough orangnye
setakat sakit sikit2 x herannye dia nak menangis
tapi hari tu beria-ia dia menangis
maknanya memang sakit sangat la tu
masa tu pulak dah nak dekat pukul tujuh malam 
dan kitorang masa tu masih kat Tangkak
sebab hantar Ika ke Kolej Matrikulasi Johor
mana nak cekau klinik gigi kat situ kan

so semalam, alang2 ayah x keje 
terus bawak dia g dentist
first time ni
anak x nebes
ibu yang nebes lebih

alhamdulillah
Adam pun nak cek sama
lagiii bagus
gigi Adam ok cuma ada sebatang gigi tu dah mmg nk kena cabut
so cabut gak la semalam..
nangis sket jer

bila turn Ammar, gigi yang goyang sikit tu doktor kata biar je 
then ada 3 gigi Ammar nak kena tampal
member steady je dulu
dah lepas 2 batang gigi kena tampal baru dia rasa pelik
terus tak nak

then lagi satu tu doktor kata tunggu dia ready la

oleh kerana anak-anak ibu berani jumpa dentist
maka ibu dengan senang hati terpaksa la membeli ikan
dah janji pun
so untuk permulaan sorang dua ekor je dulu
kang kalau berani gi jumpa dentist lagi baru ibu tambah beli ikan lagi
bagus anak ibu bagusss


so ayah
kalau ibu berani jumpa dentist ayah nak bagi ibu apa yek?
SII ke Iphone 4s?
hehehehheheheheh





Tuesday, December 20, 2011

Love this!


¤Salam¤,

Currently ibu punya wallpaper kat desktop office gambar ni la. Gambar Aliff dan Tok Man masa kat tepi pantai Tanjung Leman.
Rasa bila tengok gambar ni cam tenanggggg je.


Love both of them so much..


Adam n Ammar pun ibu luv jugak.


Ayah dia pun sama.


Sume la ibu luv.


Hehe

Thursday, December 15, 2011

Kaki gambar



Menyengih aje budak ni tau kalau orang amik gambar. Memang kaki gambar sungguh!!!


Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Balik kampung 2011


Salah satu saat paling best dalam hidup ialah bila dapat balik kampung. Tak kira kampung mak kat Johor atau kampung mama kat Kelantan. Dua-dua ada tempat favret tersendiri.


This time balik rumah mak aje cuti sekolah hujung tahun. Eh x jugakkkk. Ari tu ada pegi Pusat Sains Negara tapi tak terbuat lak entry pasal tu. Ok. Cite pasal balik umah mak eh.



The kiddos mmg dah x sabar. Ingat tak ari tu Adam dok sibuk nak main layang2? Akhirnya kitorg beli jugak layang2 utk dia. Tapi dgn syarat main kat rumah mak. Sampai rumah mak, x menyabar nak main tp hari ujan pulak. Kensel plan. Then ari ni, elok je ari x panas, angin kuat so ibu biarkan dia main layang2 ngan kazen2 dia. Tapi space kat umah mak kecik je. Ada can ibu nak ajak atuk g laut aka tepi pantai. Jangan hujan kat laut sudah.



Ok la. Nak siap2 la. Bawak khemah, bawak layang2. Kang kat laut kita beli KFC je la. Kelassss ko tepi laut aku ada KFC. Hehehhe

Thursday, December 8, 2011

Aliff Faheem is 5 months today!


alhamdulillah!

this cheeky boy sudah 5 bulan ari ni..
gambar tu gambar fresh pagi ni.

perkembangan Aliff so far:
dah pandai meniarap dengan jayanya
dah pandai depang tangan nak suruh orang dukung
dah pandai nangis kalau xde orang kat depan mata dia
dah pandai nak duduk tapi belum lagi
dah pandai grab barang depan dia
gatal gusi as always
dah pandai kenal orang
baju2 yang 6 bulan dah kecik kat dia..pakai boleh tapi sat gi nampak pusat
kalau orang makan tu dia tengokkk je macam nak pun ada


ramai orang cakap muka Aliff macam abang Adam.. hehe ada sikit kot
tapi perangai ada jugak sikit macam abang Ammar
especially tang nak tido
dia ni kena extra gelap baru dia nak tido (kalau malam la)
kalau siang ok jek

alhamdulillah jugak
abang2 dia rajin jaga Aliff ni
infact Aliff ni pun macam x sabar nak join abang dia main
sabar ye..kecik lagi
dan abang2 dia pun less degil sikit bila dah ada Aliff
hmmm.. masing2 dah rasa bertanggungjawab

suka ibu nak!

Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah


Thursday, December 1, 2011

MC hammer lagi

Ibu MC lagi ari ni. Keadaan kegatalan tidak berkurangan. Maka pegi menjengah doktor la jawabnye. Kali ni cer try doktor lain. Terus injection yg di bagi.


So keadaan sekarang adalah sangat sangat mengantuk dan sudah berada di atas tilam empuk nak beradu. Cik ayah dah pesan kat adam n ammar jgn kacau ibu coz ibu nk rest. Heheheh. Sgt syok.


Boss pun sounded cam hangin sbb ibu MC but kalau wa p keje wa lagi tido serupa jugak wa talak g kije. Soorry la boss. Sangat2 x larat dengan kegatalan yg melanda. Have to knock me down.


K la. Off to lala land. To wake up when Aliff nak susu nanti. Later peeps .





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 30, 2011

Tuesday, November 29, 2011

Home Spa





Spa la sangat. Sepak nak? Ngeeee.
Alkisah bermula tengahmalam hari ahad tu. Lepas balik dr TC. Kaki ibu gatal semacam. Tapi masa tu boleh ditahan lagi. Ngadu kat cik ayah. Dia x perasan kot tak pun dia buat-buat x perasan. Hahahaha. Dah anak 3 malas nak layan kot. *gigit jari*


Balik KW dah terasa dah. Ibu rilek lg. Malas nak layan pun ada cuma masa nak tido ibu letak lotion just nak hilangkan rasa gatal tu. Dasar malas nak amik cream sebab tu letak lotion je.


Subuh pagi tadi eeiiiiiii tak tahan dah. Dah jadi macam monyet garuk-garuk kaki kiri kanan. Selalu ibu akan sensitip bila usik kaki sendri tapi kali ni ai x dulik dah. GATALLLLLLNYEEEEEEEEE. Masa tu baru nebes cik ayah. Hehehhe. Dan dan tu ajak g kinik. Masa tu jugak kaki dah bengkak cam masa peknen plus merah2 plus cam ada gegata sket. Nak jalan pun rasa cam tebal je kaki ni. Eeeiiii x selesa sungguh.



By 9am g jumpa doktor. Doktor kata alergik. Tak pun ibu dah kena gigit by something. Gapo dio? Dah merah2 kaki cam kena demam campak pun ye. Doktor pun suggest makan ikan sajo sampai baik. Ai ai doktor. Dan dia kata jangan bagi kaki berpeluh.



So, cik suami yang tersayang dengan rajinnye telah sediakan ibu air suam dengan garam untuk ibu rendamkan kaki. Perghhhhh memula tu dia punya gatal makkkk aihhhhh susah nak cakap. At least kurang gatal jap. Tenkiu laling.




Dah gatal gatal ni nak pegang Aliff pun takut. Kang x pasal2 jangkit. Tapi doktor kata x pulak. Ni mesti ibu ada wat dosa ni sebab tu kena camni. Aduhhh dah start gatal balik la. Nak kena makan ubat gatal ni sebelum tido. Ubat tu mengantuk. Jangan kang ibu x sedar Aliff nak susu sudah.



Ok la, nak out kejap. Hope cepat la baik kaki ni.


Sunday, November 27, 2011

Jalan-jalan Teluk Cempedak

Dah lama x datang TC. Last datang masa tu Ammar pun kecik lagi. Kebetulan cuaca cantik je so apalagi kitorang mengambil peluang amik angin.

Boleh tahan ramai gak la petang tadi. Nak parking pun beratur. So what do u expect? Public holiday kan.. Memang la ramai orang.

Kitorg mmg amik angin ajelah. Biarkan Adam n Ammar main pasir, main belon, lari2. Adam request nak main layang2 tapi sekejap sgt datang TC so cam x berbaloi kalau nak beli tapi main 5 menet je. Aliff pulak dia lagi la layan angin banyak. Sukaaa.

Dah dekat kul 7 baru gerak2 balik. Menarik la TC sekarang. Restoran dah makin banyak. Ada KFC drive tru. Mc D mmg dah ada dr dulu lagi. Improve banyak la.

So next time datang boleh la berpiknik bagai tapi tunggu la masa tu Aliff dah besar sikit.

Saturday, November 26, 2011

Short break!

Ari ni kitorang gerak ke Kuantan. Sebenarnya nak g wedding PSU cik ayah tapi sebab dah lambat maka lambat la kitorg gerak.

Mana tak lambat. Pagi tadi Aliff ada appointment ngan doc Flo. Then dlm masa yg sama ayah g tukar tayar livina. Gitu gini siap semua dah kul 3pm. Wedding plak start pukul 12 - 4pm. Mmmm. Kata ayah kita g je la walaupon majlis dh abes. X best plak kalau x gi.

By the time ibu tulis ni tengah jem kat highway karak. Apa hal ntah jem jem ni. Dak Aliff pulak x mau duduk atau baring. Dia suka tengok kat luar tingkap tu. Nak ngurat sape ntah.

Cuaca lak ujan renyai-renyai. Tido sodap ni. Tp dengan budak kecik x reti nak tido ni jangan berangan la ye.

K la kena stop kat sini. Sibuk pulak dak kecik ni ngacau nak menaip. Ishhhh. Nak buat blog jugak ke dik?

Monday, November 21, 2011

Aliff dah meniarap!!



sukaaa ibu nak..

anak ibu dah pandai meniarap.. jakun sekejap tengok anak sendiri dah pandai pusing pusing kan badan
x pasal-pasal mengalir ayor mata.. ishh itu pun ibu nak gembeng.. ntah hapa hapa

tu la rugi ayah xde.. Aliff dah pandai meniarap sendiri tau ayah...
hehehe..mood saje nak jeles kan cik cuami yang jauh di perantauan orang

lepas je dia berjaya meniarap sendiri
pastu Aliff wat muka cuak sambil nak nangis
tapi bila dengar sorakan pom pom boy oleh abang-abangnya 
maka x jadi la menangis..terus senyum sampai ke telinga
tak tau la dia nak nangis kegembiraan ke atau menangis ketidakpercayaan pada diri sendiri

so, sekarang ni kalau xde ekseseri disekeliling badan dia maka
cepat la dia meniarap..
eksaited la katakan

yeay untuk Aliff
*clap clap*



Tuesday, November 15, 2011

kena tinggal



salam,

lama betul ibu x update.
sekali update terus buat summary..

la ni just nak cite
ibu, adam, ammar, aliff kena tinggal ngan ayah..
ayah otstesen kat China.. ada seminar tapi siap g tengok Giant panda breeding tu.. jelezzzzz

ok la sekian

tengok je la muka budak 4 bulan ni je la ye

hobi terbaru masuk jari dlm mulut





Thursday, November 3, 2011

Wedgiesss


pergh... lama gila tak beli kasut atau sandal baru..
asyik orang bagiiii je kan
so semalam, bila ayah kata nak gi cari baju winter sonata kat Alamanda
terus ibu aim nak beli kasut satu.

lepas setel barang ayah, kitorang gi dinner then baru ibu tawaf satu Vincci
ibu standard vincci jek
so,untuk permulaan memakai wedges
kita cuba hat rendah dulu naa
dah terer baru boleh beli hat tinggi sket

wuhuhu..x sabar nak pakai ari ni
*jom boss gi Pavi.. hehehe dan dan tu ngajak orang gi jalan*

Wednesday, November 2, 2011

Tuesday, November 1, 2011

up to date!

ujan kat luar tu...mmm bestnya tido kejap lagi. nak pulak peluk si budak debot tu. lagi la lena sampai ke pagi..

cakap pasal pagi, pagi tadi ibu kesiangan! hehehe. alarm dah set dah tapi ntah camana boleh x sedar pulak. Aliff bangun menyusu pukul 5.15pagi..pastu cakap dlm hati,ahhh sempat ni nak tido dan bangun balik pukul 6.. pastu amekaw! 6.45 baru sedar semula..melompat masing2 bersiap mandi.hahhaha. padan muka sendiri..ngan bekal adam x sempat buat..mujur ari ni dia pakai baju sukan..tu la sekali sekala kan x rasa kesiangan.

malam ni konon nak tido awal tapi nan ado. now dah pukul 10.30 malam baru sebok nak berblog..haishhhh..apa nak jadi ni.


oh ye, the twins bday party went well..diorg komen makanan sedap. dan semua orang sangat seronok sampai demam demam. termasuk la ibu ni..penat sehh..badan dah tua..uhuk uhuk.* lempang sedas*


ok cite perkembangan anak2 ibu..
adam dah habis exam, dah dapat markah,alhamdulillah. dah pulang buku teks sekolah dah pun. cepat kan? kazen dia kat JB baru nak start exam. hehehe. tak kisah la ibu sukaaa.then petang tadi dia punya excited dah pandai bawak basikal tanpa roda tepi2 tu. ibu tau anak orang lain dah lama pandai. saje tamau push. biar dia ready baru dia wat sendiri.

ammar pulak aritu gi ngaji. satu hari je dia pegi. pastu dia tanak dah. puas kitorang memujuk. nan adonye dia nak lagi. perkara wajib yang dia buat pagi2 ialah pujuk ibu jangan pergi keje..if i wish i can do that la sayang. oh! dia excited nak g kindy tahun depan.

aliff pulak dah pandai angkat2 montot. kalau dia rajin dia meniarap. kalau tak tu hobi dia angkat kepala ngan montot aje sambil isap/ gigit jari. sangat favret eh.time tido nak kena polok2 baru best!

ayah! sebokkkkkkkkkk ngan outstesen. bulan ni x jadi g sabah sarawak tapi nun disana dia mau pegi china.lama lak tu. ni first trip dia ke obersi selama dia kawen ngan ibu.huhuhu daku di tinggalkan jauh. awal2 ibu dah warning.xmo tolon sape2 kat sana kecuali kawan2 semalaysia aje.scary pulak bila dgr berita pasal budak kna langgar tu kan.

as for ibu..oh! masa bday party tu kan ada amek gambar ramai ramai tau ngan xcollegemate ibu ngan aunty nora. terbukti berkesan yang ibu lahhhh orang paling kerendahan sekali. terus insaf dan dandan tu jugak rasa nak g carik wedges bior bagi ibu nampak tinggi sket. huhuhu. sedey tau. nanti ibu letak gambar. mmg sangat ketara kerendahan tu.

ok lah..bila dah start menaip panjang pulak entrynye...mmm tu la..semoga ibu menjadi semakin gigih untuk mengupdate entry baru setiap ari..


aminnnn

Tuesday, October 25, 2011

Party lagi

Jam sekarang dah 9.25 malam. Ibu still kat tempat keje lagi. Perghhhh gigih bekerja uolls. Calon pekerja cemerlang gitu * muntah ijo skrg*

Sebenarnya tengah menunggu orang yang uruskan birthday party the twins tu. Weihh cepat la. Ai nak balik dah kul bape dah ni? Ketet dah keras dah ni x mngepam dari tadi.

Tahun ni rilek byk la sikit sebab party ni diuruskan oleh party planner but still ibu kena monitor gak. Seb baik ibu datang check. Ada dua tiga benda x sama seperti yang dijanjikan. Sebelum boss ibu bising baik ibu bising dulu.

Adussss penat la. Lpas abis function ni ibu nak cuti la. Asyik balik lambattttttttt je. Sampai ada budak kecik tu siap sound ibu balik lambat dah x ingat anak! Sabor je la labu.

K la. Ibu nak p tengok manaaaaa la diorg ni. Wa nak chow ni. Lambat lagi ke? Dah la nak drive sensorang memalam ni.. Ishhh think positive k!


So, good luck untuk diri sendiri sempena function esok ye. Ibu tawakal je la.

Aminnnn



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 24, 2011

Angry bird version Adam Wafi

Selamat membaca!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Check up


Check up time!
Aliff dah tiga bulan lebih. dah tiba masa untuk 3 bulan punya jab. So, berangkat lah seisi keluarga incik A menuju ke Hospital Columbia Asia. Alang2 semua bangun lambat, maka sarapan pun lambat lah.. dan kebetulan pulak makanan kat HCA ni sedap, so sarapan kat situ aje sudah.. semuanya berjalan lancar.. xde rushing sangat.. tunggu doctor pun x lama.. just nice..


Perkembangan Aliff so far so good...
Berat sekarang 6.43kg
panjang 64 inci..doktor kata more than average..alhamdulillah. janji sihat..
then ibu mention kat doctor yang ada something kat bawah ketiak kiri Aliff. rasa ibu macam angin.. Adam dulu pun pernah ada macam ni.. then doctor pun x brapa sure, dia suggest ke ibu untuk buat ultrasound.. hopefully,  kelenjar dia bengkak la sebab BCG tapi benda tu baru ibu perasan dalam minggu lepas.. 


so, lepas buat ultrasound, Dr Azah kata kelenjar but paed Aliff kata dia akan buat research jugak pasal ni.. just to be sure. tapi hati ibu kata insya Allah, xde apa2 la..

oh Aliff nangis sikit je..macam abang Ammar..good boy..
tapi kesian la jugak tengok dia kena inject...sape yang x kesian kan?

lepas kena inject terus tido..menyusu pun tak...3 jam tu.
lpas Aliff bangun baru ibu kasi ubat..dedar la sikit tapi sempat jugak Aliff g BBQ party kat rumah jiran sebelah..hehehhe... 


Saturday, October 22, 2011

Jam baru Aliff

Lawa tak jam Aliff?
Spider lagi tau..
Thanks aunty nora bg Aliff rattle wristlet.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 13, 2011

Luahan perasaan sendiri

ishhh nyesal pulak x bwk balik pump. Mcm air paip susu kuar tau.kalau x kan dah boleh buat power pumping dan sah sah leh dapat sebotol penuh...

Ishhhh ishhhh ishhhh menyesal sungguh.

*kdg2 bwk balik jugak pump tu tp x pulak susu maha hebat kuornye.

Pengajarannye: hangkut je la breastpump tu ke hulu ke hilir w/pun blum tentu nak pump ke tidak tetengah malam(kes malas bgn malam la ni)

** ujung bulan ni ada orang ajak g JKT lagi. Mmm camana ek? Nk g nanti susah pulak nk bershopping sambil mngepam..jd susah org pulak..tengok la dulu.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 6, 2011

mari mengaji!




excited sungguh kan??



ni paparan malam pertama start gi ngaji... ala ngaji pun kat rumah jiran depan je.. masing2 sibuk nak pakai pakai baju melayu ala-ala cam nak gi raya .. hehehe.. abes keluar Muqadam la, buku Iqra la, buku Tasmiq la...ibu tak tau mana satu yang guna.. zaman ibu dulu guna Muqadam je.. la ni kan depa dah start pakai buku Iqra.. tu yang belasah bawak semua buku tu..

ngaji start pukul 8 mlm..satu jam je.. bayaran ikut ikhlas berapa kitorang nak bagi..3 kali seminggu (isnin selasa rabu)

ngam2 kul 8, gigih ayah dia hantar sampai depan pagar rumah cikgu halim ngan cikgu fazilah tu.. 

malam pertama sukses.. cuma Ammar kata lpas ngaji ada main la cakap2 la...ibu x tau cakap2 tu borak2 ke atau takzirah...tapiiii... baru ngaji kejap dia claim dah ngantuk...haiyaaa... syabas bete untuk malam pertama.

malam kedua... Adam dah ready. Ammar mengamuk nangis2 x mo gi ngaji...dia cakap penat.. so ibu kata x pe x mo gi ngaji x boleh main iPad... dengar je camtu lagi kuat dia menangis... last2 dia tengok ibu x layan, mintak susu terus tido... ala hai sian pulak ibu tengok. x pe esok malam ada lagi.

malam tadi , ibu ngan ayah balik keje tengok2 dua2 anak bujang ibu dah hensem ngan dah ready nak g ngaji.. bagus je mood Ammar.. itu sudah baik... dah pukul 8, masing2 amik kopiah dan ayah hantar diorang... 

tup tup Ammar balik semula ke rumah... la x mau gi ngaji lagi.. dia kata Ammar ngaji kat rumah je pun boleh... cehhh dasar anak ceredik..pastu mintak iPad... cam biasa ibu x layan la.. nangis lagi...hmmm cam gini gayanya memang x gi ngaji la terus...

so, ibu tengah pikir ni camana nk pujuk Ammar gi ngaji ni... x pun biar je dulu.... maybe next year? ntah la beb.




Wednesday, October 5, 2011

Wordless wednesday # 6

Happy 3 months my baby Aliff..

















Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 3, 2011

Haram berkahwin satu pejabat

Suka lawak ni.. Baca lah ye.

Ajoi dan Sumardi yang baru balik dari solat jemaah Isyak di Masjid berborak-borak sambil berjalan.

Sumardi: Aku nak kawin la Joi

Ajoi: Alhamdulillah, dengan budak mana bai?

Sumardi: Satu pejabat joi..

Ajoi: Ish mana boleh kawin satu pejabat… haram tuh!

Sumardi: (mula hangin) ko jangan memandai buat hukum sendiri la Joi!

Ajoi: Betullah! Sengal2 aku selalu dengar ceramah agama tau!

Sumardi: Ko ni dah belajar ajaran sesat agaknya

Ajoi: Takde la bai, lu tanyalah mana-mana ustaz pun.

Sumardi: Ok, ok cuba ko cakap sebab apa haram?

Ajoi: Islam suruh kawin paling ramai 4 orang jer… kalau dah satu pejabat ko yang ada 20-30 org perempuan tu kan ke haram?

Sumardi: siot terkena lagi aku……



 


********************************


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baby no 4 warded!

Tetiba je ada baby no 4 kan..
Hehehe.

Keputusan dari pihak polis dah dapat. So kitorg hantar la Livina ke hospitalnya..
Harap2 lepas dia keluar nanti lagi macho la.

So, jumpa lagi 2 minggu ye baby ibu ni..
Get well soon..

*mengong ke hapa ibu ni wish keta sendiri..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 30, 2011

Trauma lagi

assalamualaikum..

dah hari jumaat dah.. alhamdulillah panjang lagi umur ibu sampai hari ni..
minggu ni memang minggu yang sangat stress..
keje x le stress sangat sebab big boss tak ada..

tapi ada macam2 benda yang berlaku...

hari selasa lepas 27/9/11..keta Livina ibu ngan ayah eksiden lagi... kali ni teruk jugaklah.. depan belakang kena hentam.. dah jadi sandwich..tapi alhamdulillah..hanya keta je rosak..nyawa ibu ngan ayah masih lagi selamat..
puncanya ada keta yang buat emergency break sampai berasap2 tayar... kita guna keta tu as no 1 la ye.. then keta no 2 sempat stop. datang keta no 3 dia x sempat break dia hentam keta no 2 tu.. teruk jugak la keta no 3 tu tapi nasib baik still boleh jalan lg walaupun radiator dia dah termasuk kat dalam sikit. datang keta no 4 dia cium montot keta no 3. kemek sikit blkg keta no 3 tu. then keta yang ke 5 sempat break. keta ibu ngan ayah no 6 ni pun sempat break jugak. x lama tu datang keta no 7 tu dia hentam kuat keta kami.. mmmm.. so keta kami ni terhentam keta no 6 tu sampai tersangkut jugak la. datang pulak keta no 8,dia dah break sehabis2nya tercium jugak keta no 7 tu..
so, keta no 7 tu agak teruk jugak la sebab dia kena towing. masa berlaku ni semua kitorang kat lane yang laju.so kitorang pakat nak alihkan keta2 kitorang ke tepi jalan.. kecuali keta no 7 tu kena tolak la..nasib baik polis datang..polis la yang kena tolak keta tu ke tepi.
dalam pada tu, jalan dah jem bagai..biasa la orang Malaysia kan suka tengok jem dan eksiden...hehehehe...
malangnya keta no4 tu dia terus jalan. x sempat kami nak amik no telefon tapi sempat jugak la diambil no platnya... bagus perbuatan pakcik tu kan..
lama gak la tunggu tepi jalan tu.. sebab nak tunggu towing datang ngan nak follow keta no 7 tu ke balai polis. kitorang plan buat semua report kat satu tempat yang sama..

so, bergerak la kami ke balai polis cyberjaya.. first time tu ibu g balai polis.
lepas buat report semua, sarjan polis trafik ni bagitau esok keputusan sape yang patut bayar ni semua..
dia salahkan keta no 8 tapi keta tu xde calar mana pun.. bagi kitorang keta no 7 tu yang bersalah...dia yang hentam kuat keta kitorang..





hmmm tengok la camana

terasa trauma tau... sebab masa keta kitorg dah brenti tu, kitorang cam tertungggu2 bila keta blkg nak langgar..teringat ingat masa eksiden awal tahun tu.. menggigil toksah cakap la...

esoknya, sarjan tu kata keputusan x keluar lagi sebab keta yang no 4 tu x wat report lagi..ah kacau...so dia suggest datang ari sabtu esok ni..
mintak2 dipermudahkan la segala-galanya.

***********************************************************
bila dah jadi camni, ibu baru teringat..
masa ibu kat Mekah dulu, ibu ada satu permintaan pada Allah... supaya bagi balasan cash kat ibu kalau ibu ada buat salah...dan ini salah satu permintaan yang Allah kabulkan la tu.. 
masa tengah iron baju sekolah Adam, ibu terpikir apa salah ibu sampai kena eksiden... rupanya ibu pernah kedekut ngan orang pasal keta Livina.. sudahnya Livina yang ibu sayang jadi camni la... kenapa ibu kedekut sangat kan.. Livina tu kan harta dunia...Astagfirullahalazim...ibu harap Allah ampunkan dosa ibu ni.

tak nak kedekut2 lagi.. 
dan alhamdulillah masih panjang umur lagi..

Wednesday, September 28, 2011

Wordless wednesday#5




Penyejuk hati


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 27, 2011

speechless

Memang sangat wordless dan speechless


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 26, 2011

quick update!

bz la... 
cerita banyak tapi xsempat sempat nak berblogging ... balik rumah dah penat.. 

k la..

Adam dah start kelas taekwondo.. dah 3 kali sabtu dia pergi..excited sungguh dia.
maknanya setiap ari sabtu petang dah x boleh gi jalan2 jauh... x pe berkorban untuk anak

Last 2 weeks baru daftar Ammar ke CIC... baru bukak kat kota warisan tapi setakat ni xde transport..CIC akan cuba carik tapi kalau susah sangat nak dapat transport, ibu akan try kindy yang dekat ngan rumah kita tu..kindy tu pun ok gak..

Aliff, makin banyak bercakap, pandai pose gedix bila orang amik gambar.. dan paling latest suka tido di peluk... sejibik cam abang Adam masa kecik...oh ye.. sedang membuat percubaan untuk meniarap..x masuk 3 bulan lagi dik!.. sabar sabar la ye...


lagi.... oh ibu sedang mencari idea untuk mengecat rumah, nak pilih kaler apa, nak pakai wallpaper apa, dan macam2 lagi la... so tengah survey2 la skrg ni...

nanti sambung lagi eh.. nk g ngepam susu sat




Wednesday, September 21, 2011