Friday, September 30, 2011

Trauma lagi

assalamualaikum..

dah hari jumaat dah.. alhamdulillah panjang lagi umur ibu sampai hari ni..
minggu ni memang minggu yang sangat stress..
keje x le stress sangat sebab big boss tak ada..

tapi ada macam2 benda yang berlaku...

hari selasa lepas 27/9/11..keta Livina ibu ngan ayah eksiden lagi... kali ni teruk jugaklah.. depan belakang kena hentam.. dah jadi sandwich..tapi alhamdulillah..hanya keta je rosak..nyawa ibu ngan ayah masih lagi selamat..
puncanya ada keta yang buat emergency break sampai berasap2 tayar... kita guna keta tu as no 1 la ye.. then keta no 2 sempat stop. datang keta no 3 dia x sempat break dia hentam keta no 2 tu.. teruk jugak la keta no 3 tu tapi nasib baik still boleh jalan lg walaupun radiator dia dah termasuk kat dalam sikit. datang keta no 4 dia cium montot keta no 3. kemek sikit blkg keta no 3 tu. then keta yang ke 5 sempat break. keta ibu ngan ayah no 6 ni pun sempat break jugak. x lama tu datang keta no 7 tu dia hentam kuat keta kami.. mmmm.. so keta kami ni terhentam keta no 6 tu sampai tersangkut jugak la. datang pulak keta no 8,dia dah break sehabis2nya tercium jugak keta no 7 tu..
so, keta no 7 tu agak teruk jugak la sebab dia kena towing. masa berlaku ni semua kitorang kat lane yang laju.so kitorang pakat nak alihkan keta2 kitorang ke tepi jalan.. kecuali keta no 7 tu kena tolak la..nasib baik polis datang..polis la yang kena tolak keta tu ke tepi.
dalam pada tu, jalan dah jem bagai..biasa la orang Malaysia kan suka tengok jem dan eksiden...hehehehe...
malangnya keta no4 tu dia terus jalan. x sempat kami nak amik no telefon tapi sempat jugak la diambil no platnya... bagus perbuatan pakcik tu kan..
lama gak la tunggu tepi jalan tu.. sebab nak tunggu towing datang ngan nak follow keta no 7 tu ke balai polis. kitorang plan buat semua report kat satu tempat yang sama..

so, bergerak la kami ke balai polis cyberjaya.. first time tu ibu g balai polis.
lepas buat report semua, sarjan polis trafik ni bagitau esok keputusan sape yang patut bayar ni semua..
dia salahkan keta no 8 tapi keta tu xde calar mana pun.. bagi kitorang keta no 7 tu yang bersalah...dia yang hentam kuat keta kitorang..





hmmm tengok la camana

terasa trauma tau... sebab masa keta kitorg dah brenti tu, kitorang cam tertungggu2 bila keta blkg nak langgar..teringat ingat masa eksiden awal tahun tu.. menggigil toksah cakap la...

esoknya, sarjan tu kata keputusan x keluar lagi sebab keta yang no 4 tu x wat report lagi..ah kacau...so dia suggest datang ari sabtu esok ni..
mintak2 dipermudahkan la segala-galanya.

***********************************************************
bila dah jadi camni, ibu baru teringat..
masa ibu kat Mekah dulu, ibu ada satu permintaan pada Allah... supaya bagi balasan cash kat ibu kalau ibu ada buat salah...dan ini salah satu permintaan yang Allah kabulkan la tu.. 
masa tengah iron baju sekolah Adam, ibu terpikir apa salah ibu sampai kena eksiden... rupanya ibu pernah kedekut ngan orang pasal keta Livina.. sudahnya Livina yang ibu sayang jadi camni la... kenapa ibu kedekut sangat kan.. Livina tu kan harta dunia...Astagfirullahalazim...ibu harap Allah ampunkan dosa ibu ni.

tak nak kedekut2 lagi.. 
dan alhamdulillah masih panjang umur lagi..

1 comment:

CidaZam said...

Akak... Benda nak jadi kot. Bkn sbb tu. Hahah takkan 8 kete terlibat diorg pun minta benda yg sama? Hehe. Tak pa kete bole betulkan. Yg penting akak dgn family selamat