Wednesday, September 12, 2012

My 1st D & C


Ye... aku baru lepas keguguran.. x la baru tapi dah nak sebulan jugakla.

Lepas bersalinkan Aliff, period aku cepat datang. Dah tu datang tiap2 bulan tapi kejap gap 3 hari pastu gap seminggu.. sukati dia nak singgah menyinggah bila gitu.

Then last period aku bulan Jun.. pastu dengan hati yang berbunga-bunga kekwa ni harap dapat lah berpuasa penuh..

dalam pada berbunga-bunga tu risau pun ada gak.. kot-kot

Then, aku beli jugak pregnancy test.

Sah! 2 line merah di situ.. konfem la tu kan

Cik A ajak g jumpa gynae aku, Dr. Raja Juhaidah.. aku pun buat lah appointment jumpa dia..

Akan aku ingat tarikh ni sampai bila-bila... 1hb Ogos 2012, ikut kiraan aku , baby dalam perut dah 8 minggu tapiiii gynae aku kata baru 5 minggu.. panik sudah di situ.




ni gambar dia


Dr Raja suruh aku datang lagi 2 minggu untuk konfemkan bila due date dan dgr heartbeat dia.. dan dia jugak advise aku x payah puasa...sebab baru lagi kan


so, dalam excited aku rasa sedih pun ada... excited sebab maybe dapat baby girl ke tapi sedih sebab Aliff baru je setahun. sian la kecik2 lagi dah ada adik..kan

Pastu, ada la 2-3 benda yang buat aku stress jugak time2 bulan puasa ni..

nak jadi cerita, 13hb Ogos tu aku dah start bleeding.. sikit..sikit...perut pun ada rasa sakit jugak.

aku budget sakit perut biasa je kot sebab aku makan agaknye.

Then, on 17hb Ogos, Aliff x sihat. Aku amik EL. sian dia. lepas dia tido petang tu aku gi gunting rambut. Nak rambut raya kan.. sambil potong rambut aku dok pikir nak g klinik lain tak? saje nak second opinion la kononnya.

ahhhh, kuatkan hati aku pegi jugak lepas rambut aku dah siap.. 

Dengggg, Dr. Maria pun cakap baby x grow.. it's like kantong kosong.

terus aku cam... blank pun ada..


gambar masa scan dgn Dr. Maria




tak percaya pun ada tau...

esoknya, memang hari appointment aku ngan Dr. Raja.. dia scan dan dia pun cakap " Confirm" U gugur.

bila aku cakap pasal bleeding, dia terus suggest buat D & C right away..

tapi aku ada banyak benda nak setel kat opis. Dia suggest aku buat petang la..

so, aku pegi jugak opis. jumpa boss, jumpa big boss, hand over keje n zuppppp terus tadah diri kat CAH.

Aku dah la ni first time nak beroperate bagai kan..
Nurse2 layan baik je.
Nak salin baju siap bawak ke bilik...hello, i can walk lagi *sebenarnya neves*
nak masuk jarum drip pun sampai 3 nurse dok keliling
pastu nak masuk OT pun ada nurse teman
sekali pintu OT bukak ...
haaaaaaa amik kau!!!!
5 nurse dan satu katil separuh single dah tunggu

cam nak operate satu badan lak ramainye..
dah la sejuk bilik tu sampai menggeletar satu badan..dasar x leh dok obersea camtu la..
pastu nurse yang baik  hati itu amik warmer letak kat kaki aku, baru rasa lega sket.

then, dr gynae aku yang baik tapi cam gangster tu sampai terus dia soh nurse yg baik hati tu masuk ubat kat jarum drip tu...

PUFFFFFFFFFFF!!!!
mak terus x sedar you!

sedar-sedar 2 jam lepas tu..



Aku ada buat research sikit.. menurut Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kandungan aku tu di kira Gugur Bangkai atau Kecacatan Kehamilan... "Kandungan yang tidak membesar serta janin tidak bernadi menandakan kecacatan kehamilan. Tetapi janin yang mati itu disaluti dengan pendarahan dalaman rahim yang merupakan sebentuk gumpulan isi serta darah"

Keguguran macam ni aku kena pantang 2 minggu...

so tu la ceritanya... sobs sobs




1 comment:

Nieza Ishak said...

Insyaallah, ada rezeki utk next baby. Setiap kejadian ada hikmah kan ... ;)