Tuesday, February 5, 2013

Azam Pertama 2013 : Exercise.. Exercise .. Exercise

Sejak dah beranak tiga ni terasa ukur lilit badan peha lengan semua dah bertambah. Takde lagi la feeling2 nak pakai baju size S. Kalau nasib baik muat la size M. Kalau tak size L pun boleh. Bayangkan la sebenarnya badan aku ni camana. Eh! Baik toksah bayangkan.

Tension tau baju semua kena beli size besar2 pastu kalau pakai mesti orang bajet ngandom lagi. Eiii tak suka mak tau.

Ammar lagi la. Kalau aku pakai tshirt cam ketat di perut, mula la dia tanya "dalam perut ibu ada baby lagi eh?" Sedih kan?

Oleh itu, ibu berazam nak exercise jugak di tahun ini. *masukkan muka ganas hidom kembang*
So, dengan tak disangka2 masa bergossip depan pagar dengan jiran2 gonjeng dan gojes2 ni terkeluar la idea ramai2 nak pegi daftar kelas Aerobik.

Kelasss kau kat Kota Warisan ni ada kelas aerobik. Siap ada ajar dance lagi. Suka mak-mak ni. Pakat-pakat dua tiga orang maka daftar la aku, mama ngan Rina (jiran depan rumah).

Kelas pertama free of charge. Kira trial la gitu. Kitorang amik pakej RM50 sebulan seminggu sekali. Kelas pulak ada hari Isnin, Selasa ngan Jumaat. Kitorang pilih hari Jumaat sebab malam tu takdela sibuk nak monitor anak buat kerja sekolah kan.
Kalau rasa- rasa tak dapat datang minggu tu, so minggu depan kena datang 2 kali. Okey la kan. Tak la burn je duit camtu.

Ni aku baru je balik. Eh tak la. Dah lama la jugak. Kelas start pukul 8 mlm sampai 9.30 mlm. Hari ni aku ganti utk minggu lepas punya. Hari ni punya jadual ada aerobik+ hi/low impact+ yoga.

Perghhhhhh keluar peluh tak hingat punya banyak. Pastu masa buat yoga tu i tell you nampak sangat peha aku besar sebab gila sakit dibuat nak bakar lemak ni tau. Ngelat2 jugak aku tadi. Tapi bila dah habis rasa cam best sangat.

Tang perut pun Gieha (trainer) ni cover banyak. Aku rasa habis dah lemak perut aku kena bakar tadi. Tak lama lagi six pack la aku. Hahahaha hampeh. Perasan weh. Baru masuk kelas 2 kali.

Overall aku suka. At least aku dapat me time. Aku dapat sihatkan badan. Aku dapat kecikkan peha dan perut aku. Aku dapat kawan baru. Aku suka la. So kalau boleh aku nak teruskan sampai bila2. In Sha Allah.

Best best best

Oh lepas ni kena shopping sport bra la. kelakar tgk diri sendiri terlompat2 dan benda lain pun melompat sama. Hishhhhhh




No comments: