Wednesday, July 25, 2012

Adam berpuasa



gambar lama tu.. x jugak..bulan lepas jek.. tengoklah rambut Adam n Ammar. MasyaAllah. sikit punya serabut bila dah panjang.

ni la gambar terbaru 3 beradik ni.. masa ni kat J-Kids Playground kot kalau x silap namanya. kat Tropicana Mall. Ada birthday party anak kawan kat situ. bila dah sampai sini, depa punya main sampai x ingat mak bapak.. termasuk yang kecik cenonit tu ha.. laju je manjat sana sini.

eh dah dah.. bukan nk cita pasal playkids tu..

ni ha nak cite pasal Adam berpuasa.

tahun ni baru nak latih Adam berpuasa betul2. maklumlah dia kan al-manja dan al-ngades.. dah tu al- lembik pun ada. so memang 'Agak" mencabar jugak la nak ajak pakcik ni berpuasa.. bangun sahur setakat ni ok je.

Hari pertama, pagi ok.. dah nk tengahari dia amik kain, basahkan then letak kat kepala.. ingatkan sebab cuaca kat luar panas.. memang panas pun kan masa first puasa tu.. pastu by 5pm dia dah x larat sangat2. amik termometer, check pakcik ni...zuppp temperature dia 38.5' ... mak aihhh sekejapan... sayangnye la hai. lagi 2 1/2 jam nk berbuka tapi aku lg kesian kat pakcik ni.. akhirnya berbuka la Adam hari tu... dehidrated la aku rasa.

hari kedua, still x puasa jugak sebab demam x turun lg. tapi by 5pm dia kata dia nak puasa sebab dia dah ok. ada ke macam tu?

then semalam ngan ari ni dia berpuasa ... Insya Allah.. ibu ngan nenek hari2 layankan aje apa dia nak makan utk berbuka. kasi up sikit semangat tu.

time sahur pun nampaknya ada progress sikit. makan pun okeylah.. tapi kena ikut selera dia la.. dah 2 ari aku masak nasi goreng untuk dia, habis pulak makan. bila hari pertama ari tu bagi nasi putih, cam x lalu aje.. 
ah, dia kan mat nasi goreng. selera sokmo..

hari ni ntah camana pulak la ragam dia.. harap tahun ni Adam dapat puasa lebih la dari tahun lepas ye..








No comments: