Monday, June 16, 2014

36 weeks

Assalamualaikum

lamanya dah tak menulis.
setahun lebih.
dan yang paling tak dan nak bagitau
me dah masuk 36 weeks

anytime can meletup

ntah la..ke mana mood menulis menghilang
biasa la bizi ngan keje
bizi ngan anak2
bizi ngan suami

tup2 dah mengandom anak no 4

Insya Allah..semoga Allah permudahkanku bersalin kali ini dan kami anak beranak sihat dan selamat
( mak nebes yg amat sangat sebenarnya ni)

preparation?
ada guna barang2 lama, ada gak beli yang baru
cam katil, tilam, cadar, bantal Aliff
baju2 pun ada yg dari zaman Adam ngan Ammar lagi
besen mandi je beli baru sbb hok Adam punya dulu dah pecah dikerjakan dek Ammar ngan Aliff main bot2 masa mandi
baju pun ada la beli sikit2
lega semua dah siap basuh

tinggal pam susu je belum beli lagi
ntah la..kejap Cik A kata leh brenti keje and jadi full time surirumah xde tangga
kejap cam x sure pulak
kalau x beli pam susu tu ada la duit lebih sikit
kalau jadi la x jadi keje
kalau beli pun apa salahnya kan?
ishhhh

nama?
tengah mencari
yang sedap bunyi
yang makna best
tapi x jumpa lagi

insya Allah
mungkin bersalin kat hospital yang dulu jugak
Columbia Asia Puchong
ngan doktor yang sama jugak
Dr Raja Juhaidah
mintak2 kali ni sama jugak cam dulu
x masuk drip 

cuma kali ni
me seriau tang nak meneran jek
boleh ke?
takut x cukup napas je
kalau napas tak lepas camana?
sebab kali ni rasa cam mmg x larat bawak badan
exercise pun kurang

ni pun baru bape kali minum VCO
kata orang senang nk beranak nanti
tp nak menelan tu, aduhhhhhhh..asyik tersekat kat tekak
nak seribu daya, tak nak seribu dalih
u can do it bebeh

hmmm
next week baru start cuti
saje mintak awal
dah x larat nk jalan sebenarnya

so, doakan me selamat bersalin dan baby n me selamat dan sihat ye.
thats all i can think.

cukup 4
mak dah x larat





Thursday, March 14, 2013

Aliff kena HFMD

As salam.
Lamanya x update blog.
Bizi la. Dengan keje dengan anak2 dengan suami
Dah hampir rasa nk tutup pun ye.

Ok. Hari ni aku tulis blog bkn sebab nk mengomel kenapa dah x tulis blog tp sebab nak blogkan pasal dak kecit Aliff ni tak sihat.

Start hari selasa lepas 12/03/13 masa balik keje mama ckp dia dh demam. Dia kan kalau demam sekalipun tak pernah tunjuk lembik. Tapi kali ni lain macam.

Esoknya aku decide tak pergi keje. Lagipun malam sblum tu Aliff mmg tak lena tido. Sebab demam ngan selsema agaknya.
Dah pagi tu aku tgk dia garu2 kat lengan dia. Hati aku dah tak sedap. Jgn2 demam campak kot. Harap2 bukan la. Tak boleh jadi ni. Terus call ayah dia yg tgh dlm meeting. Zassss gi jumpa Paed Aliff.

Confirm! Bukan demam campak. Tapi Hand Foot Mouth Disease. Aduhhh. Dugaan. Maka start la Aliff kena kurantin kat bilik sbb doctor kata ia berjangkit.

Dah la xde ubat. Cuma doctor bagi ubat spray utk kurangkan ulcer kata tekak dia. In the mean time aku just sapu lotion supaya x jadi gatal dan akan sebabkan Aliff menggaru je nanti.

Kesian Aliff.

Kesian abang2 tak boleh nak main ngan Aliff. Sabar ye. Buat sementara waktu je ni. Harap2 Aliff cepat baik.

Hari ni hari kedua. Nampak macam makin naik je kat kaki. Ngan tangan pun ye jugak. Ya Allah, sembuhkan la penyakit anakku ini. Biarlah aku yang sakit tp bukan dia. Kesian dia. Dia kecik lagi.





Tuesday, February 5, 2013

Azam Pertama 2013 : Exercise.. Exercise .. Exercise

Sejak dah beranak tiga ni terasa ukur lilit badan peha lengan semua dah bertambah. Takde lagi la feeling2 nak pakai baju size S. Kalau nasib baik muat la size M. Kalau tak size L pun boleh. Bayangkan la sebenarnya badan aku ni camana. Eh! Baik toksah bayangkan.

Tension tau baju semua kena beli size besar2 pastu kalau pakai mesti orang bajet ngandom lagi. Eiii tak suka mak tau.

Ammar lagi la. Kalau aku pakai tshirt cam ketat di perut, mula la dia tanya "dalam perut ibu ada baby lagi eh?" Sedih kan?

Oleh itu, ibu berazam nak exercise jugak di tahun ini. *masukkan muka ganas hidom kembang*
So, dengan tak disangka2 masa bergossip depan pagar dengan jiran2 gonjeng dan gojes2 ni terkeluar la idea ramai2 nak pegi daftar kelas Aerobik.

Kelasss kau kat Kota Warisan ni ada kelas aerobik. Siap ada ajar dance lagi. Suka mak-mak ni. Pakat-pakat dua tiga orang maka daftar la aku, mama ngan Rina (jiran depan rumah).

Kelas pertama free of charge. Kira trial la gitu. Kitorang amik pakej RM50 sebulan seminggu sekali. Kelas pulak ada hari Isnin, Selasa ngan Jumaat. Kitorang pilih hari Jumaat sebab malam tu takdela sibuk nak monitor anak buat kerja sekolah kan.
Kalau rasa- rasa tak dapat datang minggu tu, so minggu depan kena datang 2 kali. Okey la kan. Tak la burn je duit camtu.

Ni aku baru je balik. Eh tak la. Dah lama la jugak. Kelas start pukul 8 mlm sampai 9.30 mlm. Hari ni aku ganti utk minggu lepas punya. Hari ni punya jadual ada aerobik+ hi/low impact+ yoga.

Perghhhhhh keluar peluh tak hingat punya banyak. Pastu masa buat yoga tu i tell you nampak sangat peha aku besar sebab gila sakit dibuat nak bakar lemak ni tau. Ngelat2 jugak aku tadi. Tapi bila dah habis rasa cam best sangat.

Tang perut pun Gieha (trainer) ni cover banyak. Aku rasa habis dah lemak perut aku kena bakar tadi. Tak lama lagi six pack la aku. Hahahaha hampeh. Perasan weh. Baru masuk kelas 2 kali.

Overall aku suka. At least aku dapat me time. Aku dapat sihatkan badan. Aku dapat kecikkan peha dan perut aku. Aku dapat kawan baru. Aku suka la. So kalau boleh aku nak teruskan sampai bila2. In Sha Allah.

Best best best

Oh lepas ni kena shopping sport bra la. kelakar tgk diri sendiri terlompat2 dan benda lain pun melompat sama. Hishhhhhh




Thursday, January 31, 2013

Buku baru

Semua semangat nak buat exercise kat buku baru.

Tapi tak sampai 5 minit, adik dah menyerang abang- abang dia sebab dia rasa buku dia tak menarik.


Pfftt. Terjerit-jerit abang2 lepas sorang sorang kena serang.

Hmmmm adik oh adik