Wednesday, July 25, 2012

Adam berpuasa



gambar lama tu.. x jugak..bulan lepas jek.. tengoklah rambut Adam n Ammar. MasyaAllah. sikit punya serabut bila dah panjang.

ni la gambar terbaru 3 beradik ni.. masa ni kat J-Kids Playground kot kalau x silap namanya. kat Tropicana Mall. Ada birthday party anak kawan kat situ. bila dah sampai sini, depa punya main sampai x ingat mak bapak.. termasuk yang kecik cenonit tu ha.. laju je manjat sana sini.

eh dah dah.. bukan nk cita pasal playkids tu..

ni ha nak cite pasal Adam berpuasa.

tahun ni baru nak latih Adam berpuasa betul2. maklumlah dia kan al-manja dan al-ngades.. dah tu al- lembik pun ada. so memang 'Agak" mencabar jugak la nak ajak pakcik ni berpuasa.. bangun sahur setakat ni ok je.

Hari pertama, pagi ok.. dah nk tengahari dia amik kain, basahkan then letak kat kepala.. ingatkan sebab cuaca kat luar panas.. memang panas pun kan masa first puasa tu.. pastu by 5pm dia dah x larat sangat2. amik termometer, check pakcik ni...zuppp temperature dia 38.5' ... mak aihhh sekejapan... sayangnye la hai. lagi 2 1/2 jam nk berbuka tapi aku lg kesian kat pakcik ni.. akhirnya berbuka la Adam hari tu... dehidrated la aku rasa.

hari kedua, still x puasa jugak sebab demam x turun lg. tapi by 5pm dia kata dia nak puasa sebab dia dah ok. ada ke macam tu?

then semalam ngan ari ni dia berpuasa ... Insya Allah.. ibu ngan nenek hari2 layankan aje apa dia nak makan utk berbuka. kasi up sikit semangat tu.

time sahur pun nampaknya ada progress sikit. makan pun okeylah.. tapi kena ikut selera dia la.. dah 2 ari aku masak nasi goreng untuk dia, habis pulak makan. bila hari pertama ari tu bagi nasi putih, cam x lalu aje.. 
ah, dia kan mat nasi goreng. selera sokmo..

hari ni ntah camana pulak la ragam dia.. harap tahun ni Adam dapat puasa lebih la dari tahun lepas ye..








Monday, July 23, 2012

Nak.. nak




bukan nang nak tapi NAK...NAK

sejak dua menjak ni, Aliff suka tiru apa orang cakap..

kita cakap lalalalala..dia pun ikut

kita cakap apa je  dia mesti nak cuba ikut jugak

baru terperasan sejak semalam, Aliff pandai cakap nak if he wants something.

bukak tudung saji dia cakap nak dulu bila nampak makanan

nak ajak keluar pun dia cakap nak

nampak abang2 mandi pun dia cakap nak

even nak susu masa dia tido malam pun dia cakap NAK!

heheheh.. sweet la ini budak..

manja pun satu hal

nak berkepit ngan ibu jeeee

paling kitorang suka the moments dia bangun dari tido

dia akan menyengih tunjuk gigi 6 batang tu

dan landing2 kejap atas katil

dah boring baru dia turun katil sendiri..

haii Aliff, kan best kalau ibu dapat dok rumah n ngadap Aliff ngan abang2 je

yeahhh i wish so

Kurma Ramadan



rezeki pertama di bulan Ramadan... 

Friday, July 20, 2012

Menu berbuka puasa


tengah bizi ni...

tengah mendraft menu berbuka puasa untuk SEBULAN!

bukan untuk diri sendiri tapi untuk opis ni ha

poning pala acik nak match mate kan satu persatu

kang ada yang x serasi x sedap plak makan

idea... mari la idea....

Wednesday, July 18, 2012

sama ke?





senyuman yang sama tapi lain orangnye.


* gbr Adam je x dapat jumpa. kalau x boleh compare 3 org sekali


Thursday, July 12, 2012

Novel



berjinak-jinak balik membaca novel..
novel beli dari Nieza
belinya dah lama
tapi baru ni nk membaca
tu pun sekejap-sekejap

haihhhh hilang feel tau

semoga berjaya mengkhatamkan novel ni.



Wednesday, July 11, 2012

hadiah Aliff


sila focus pada mainannye sahaja ye.

al-maklumlah bila nak amik gambar lintang pukang keadaan dalam rumah.
bila tengah cantik tak nak pulak amik gambar ek.

Ayah n ibu beli new ride for Aliff... suka tau dia naik benda tu. sebab apa, sebab abang Ammar yang tukang tolak. bila adik dah tak mau naik, abang Ammar pulak naik sorang2.. see, ada makna kan.

hadiah yang bawah tu mak Iti yang belikan. leka dia main mainan tu.. thanks mak iti.

adik cam tak heran sangat ngan mainan dia. yang paling dia suka sekali apa tau, main remote konon2 nak bukak tv ke, kipas ke, aircond ke. dia rasa benda tu la yg paling 'IN' sekali agaknya.

hehe



Tuesday, July 10, 2012

Aliff is 1


Assalamualaikum..
( kena jawab ni..kalau x berdosa tau)

ubah angin baru.. template pun tukar baru cas kekunun lawo (sendiri perasan xpe :)

bizi la.. tetiba dah anak tiga semuanya tunggang langgang.. nak mandi pun kekadang asal bersih je. dah xde dah nak ulit satu persatu.. baru anak tiga kan? dah macam2 komplen. belum anak sepuluh lagi. orang lain rilek je kan..

ok ok. stop pasal ibu.

ni hah nak cerita pasal budak umur satu tahun ni la.

birthday dia ahad lepas - 08/07/12..
simple2 je celebratenya..dah semua org xde. Ayah outstation. acu keluar jumpa kawan.. last2 lpas amik ayah baru gi amik kek..siannnn...
takpe la. Adik pun bukan tau lagi beseday tu apa kan..
yang adik tau orang nyanyi lagu Happy Birthday dan dia tukang tepuk tangan aje.

ok.

Alhamdulillah. setahun jugak la ibu menyusukan adik. ai bangga u. masa abang Ammar dulu, time ni ciput2 je susu keluar. InsyaAllah, kita target sampai 2 tahun ye dik.

Pencapaian adik setakat ni ( ceh macam sekolah aje )
 * adik dah berjalan *yippie*
 * adik pandai geleng bila dia tak mau sesuatu benda tu
 * adik pandai nak bila tgk orang makan ( walaupun dia br lpas makan )
 * adik tetap conquer katil dia sorang ( kes x suka sempit2 )
 * adik dah pandai hisap straw minum air
 * gigi adik dah ada 6 batang
 * terer panjat tangga.. pantang orang lepa
 * pantang nk masuk bilik air.. dah pandai main air
 * pandai auta tau budak ni ... bila duduk kat carseat nanti dia mengamuk2 pastu org amik dia boleh gelak    balik. ngade!
 * sekarang pun kalau nangis dah pandai hentak2 kaki.
 * suka taufu fah
 * pandai bawak diri main ngan abang2

apa lagi yek.. biasa la budak baru setahun..

so, Aliff Faheem. ibu sayang Aliff.. jangan besar cepat sangat. ibu rasa baru je abes pantang ( sbb perasan perut buncit lg ). semoga Aliff jadi anak yang soleh ye sayang...

muahhhhhhhh