Saturday, March 24, 2012

Retro

k

Saje nak tunjuk suor baru beli malam td kat Hajaba. Dr rm170 lepas diskaun kena bayar rm45 aje.
Dah lama carik suor cam ni. Bila jumpa mahal2 belaka.

Stail dia macam suor aladin. Tapi corak retro. X dan basuh terus pakai g sepital. Pakai je laaaaaaa..ada orang kesah? Takde kan kan kan.

Tuesday, March 20, 2012

kemaruk!!!

bukan kemaruk bercinta ke hapa




tapi




kemaruk kat benda ni....










syok wooo... main teka-teka benda apa yang orang lain lukis... belasah je lukis camana.. lawa ke tak tu belakang kira... janji dapat teka..

jom sape nak main lagi???



Saturday, March 17, 2012

Lazy saturday

serupa cam tajuk.. semua lazy.. baju nak digosok setimbun
baju yang nk disusun pun sebakul... je..
Adam gi kelas taekwondo
Ammar ngadap ipad
Aliff baru bangun tido...ada kat bawah ngan nenek
Ayah ada kat lam bilik..wat pe ntah
ibu... baru lepas melawat kingdom kat FB
har har har.. bizi gitu
sat lagi nak g paso malam
sat gi jugak nak pi bawak Adam n Ammar g gunting rambut...
dah nak start sekolah kan..hegeh hegeh la ibu dia ni
hari ni kene setelkan hal-hal kat luar
sebab esok malas nk kuar dah
nak masak, kemas, semua la.... itu plan setakat ni la..bkn leh caya ibu ni
kang dia la kepala ngajak ayah gi memana..hehehehe

ok la..jangan layan merapu ibu ni


** Spectra dah ok..bawak sendiri g Histopoint distributor dia tu. dan dan tu jugak dia check n tukar tube kat dalam..tercabut katanya.. bawak balik terus leh pakai.. seb baik x soh kedai masa beli tu hantar. alamatnya seminggu pun lum tentu dapat balik .. so skrg mari gigih mengepam sebab stok adalah nazak sudah. chaiyok ibu chaiyok *

Thursday, March 15, 2012

Spectra rosak!!!!


dulu saat paling tak best dalam hidup ialah bila susu sikit je..now alhamdulillah. walaupun x banyak macam orang lain tapi Aliff still kenyang minum susu ibu.

sekarang saat paling tak best ialah bila pump Spectra ibu rosak... rasa nak menangis pun ada.. 
tengah kita sedap2 pump tetiba pump terus takde suction.. aduhhhhh... kalut terus...
nasib baik kat rumah ada pump manual... so start balik la mengepam pakai manual... walaupun hasilnye tak sebanyak macam pakai Spectra tapi alhamdulillah la sebab susu masih ada..kannnnn

balik rumah terus cari warranty card. tapi tak jumpa.. nak menangis rasa.. ayah pun tolong sama carikan warranty card ibu tu.. last2 jumpa jugak.. so hari ni ingat nak pergi hantar sendiri kat kedai dia.. paling cepat ibu boleh dapat balik Spectra ibu lebih kurang 2-3 hari... so ok la kan...

legaaaaa....

*pengajaran pada diri sendiri - bangun la ibu. tengah malam pun tengah malam la buat stok untuk Aliff..kalau jadi lagi macam ni in the future baru padan muka ibu sebab stok tak banyak*

puree labu

Aliff suka sangat puree..setakat ni yang dia paling suka puree apple, labu, pear.
makan pun boleh tahan banyak dah sekarang
sebab dah mula banyak meligat kot
so setiap hari ahad, tugas ibu tambah extra satu lagi iaitu buat stok puree untuk Aliff selama seminggu.
seronok!

ni dia dah 8 bulan , nak try something else pulak la..


Wednesday, March 14, 2012

kasihnya abang

oppss botol lupa nak cabut..


Ammar memang suka tido sambil peluk.. tai kira la peluk orang ke peluk bantal ke. janji ada benda yang boleh dipeluk..

sweet pulak tengok diorang tido camni..awwwwwww


Tuesday, March 13, 2012

Banjir di KW

dari belah atas

nampak tak air tu laju je? kann
kejadian berlaku ahad lepas sewaktu ayah, nenek n atok xde kat rumah. Great!
Yang ada kat rumah cuma ibu ngan anak2 serta Mirah. Ngeeeeee

Hujan turun selebat-lebatnya dari pukul 3 lebih kurang..cehh kitorg x sedar pun mula2 tu..
bila Astro dah start hilang signal plus ibu nak bagi Adam n Ammar dok diam, so ibu bukak la dvd.. tengok cite ape yek? hmmmm haa cite RIO yang dah berpuluh-puluh kali tgk..

Sambil tengok cite tu, ibu ulang alik dari depan ke dapur.. dok sibuk uruskan kebocoran kat siling dapur tu ha.. kalau hujan lebat sket mula la.. x perasan pun air kat belakang dapur dah naik..
Agak2 pukul 5 tu, barulah tersedar.. tu pun sebab nak buang sampah dan bakul sampah tu kat tepi tingkap..
Masya Allah, deras tu air mengalir.. masa ni hujan dah kurang sket..renyai2 la kira..
Ibu panggil semua org kasi tengok ( orang dlm rumah je la)..
eksaited..jakun pun ada..



 ke belah bawah


tenggelam kebun nenek



masa ngambik gambar tu cehhh henpon siap kuar tingkap bagai.. dah siap2 tu baru terpikir kalu henpon ni terjatuh dlm air camana..sendiri meratap la.. dah la sen kurang nak beli henpon baru...hewhewhew
setakat ni, kalau banjir camni tak pernah la masuk rumah kitorg lagi. Tapi rumah jiran2 yang belah bawah tu selalu kena..sian diorang. 

Nasib baik hujan reda, banjir pun reda...lega..Alhamdulillah.. panik gak bila terpikir kalau masuk rumah ibu, camana ibu nak buat nanti. confirm kalut gila kan!

oh, lupa... ada soalan cepumas dari En. Adam Wafi masa tgk air tu.
" Ibu, bestnya.Bila kita boleh berenang ek?"

haiya... anak oh anak..ini bukan swimming pool la sayang..





Thursday, March 8, 2012

8 bulan



Aliff turn 8 months today! Alhamdulillah

Sekejap je dia dah besar. Ibu rasa macam ibu baru je habis pantang. Tup2 dah besar dah dia.

Perkembangan terbaru Aliff:

dah pandai tepuk tangan
dah pandai genggam bukak jari ( br discover malam tadi)
dah pandai geleng2 kepala kalau dia tak nak sesuatu
dah laju je menyusur ke depan - kitorg panggil dia pakcik cleaner
dah nak start merangkak
dah pandai berdiri kat babycot
makan dah banyak..pantang tgk kita makan, dia pun nak sama
excited macam nak join kalau abang2 dia bermain
suka bila ada orang ramai kat keliling dia
cakap pun dah bising - dulu susah dengar suara
suka pergi jalan - x banyak meragam. Kaki jalan nih
suka mandi lama2
suka makan puree apple, pumpkin, pear, bubur nasi
yang plg best, dia dah pandai menangis nak ikut kalau sape2 pakai cantik2 macam nak g jalan.. hehehhe

syok ada baby ni.. paling best jugak masa dia bangun tido.. bau dia, so massyyyyyaaaaaaammmm but i like it!

Aliff jangan besar cepat sangat eh..nanti ibu rindu moment2 macam ni...hehehe ada pulak macam tu.


Thursday, March 1, 2012

Adam & Hawa


Abang Aaron nak berlakon cite ni.. x sure la pulak drama ke movie. Tapi x kisah la. aku nak baca jugak.
untuk kali yang ke berapa dah x terkira pulak.

tapi kan mesti nanti bila dia berlakon jalan cite mesti x sama. Tipikal cerita org Msia kan.
dulik ah. janji baca lagi sebelum abg Aaron tu berlakon.

masalahnye.. bila masa nak membacanye?