Thursday, November 25, 2010

berita hari ini


berjaya wei dah dua ari x muntah
wuhuuuuuu
tapi loya tu
mmg x leh elak la kan
manjang je loya

ari ni dah 7 minggu 2 ari 
tapi cuba korang tgk perut aku kat bawh nun
tu gambar ari sabtu lepas
mak aihhhh
membulats dan menonjol dengan aman sekali



melampau kan
belum tiga pat bulan lagi
akan pecah rekod masa ngandung Ammar kah?
mula preggy 51kg
40minggu cecah 70kg

oh tidakkkkkk
( takut la nk p timbang...ngeeeeee)

Monday, November 22, 2010

....

mabuk yg sangat teruk

all day..non stop!

Friday, November 12, 2010

Susu oh susu

Bukan sembarangan susu tau.
Aku ni jenis x minum susu putih. Sejak kecik mak kata aku minum susu pun sampai umur dua tahun jek. Bagi aku susu putih adalah x sedap. Ni tekak aku la.
So semalam masa g Grocer kat Bangsar, aku carik la susu Anmum Materna. harus la kena start minum susu sekarang. Tu pun for starter, aku beli hok kotak kecik perisa coklat. Try dulu maa. Kalau leh telan kita habiskan dulu. Kalau x abes gak kita try enfamama pulaks. Hidup ni kan utk try menerai.kan

Pagi tadi gigih la buat satu mug..chehhh eksyen konon. Hmmmm harapppppp. X abes pun. Aku masukkan dlm peti sejuk. Balik keje karang sambung minum balik.hahahaha

Nasib baik sebab anak. Nak yang terbaik. So telan je la semua tu..
Tapi kalau kita minum susu lain cam Dutch lady kotak tu pun boleh kan?
X tau la sampai bila den sanggup..huhuhuhuh


Blogging from my Ipad

Thursday, November 11, 2010

dah mula dah

dia sudah mau mula
aduhhh ni yang x larat ni
semalam elok je cakap xde loya
ari ni rasa tu dah ada
cuma aku wat x paham je
tolong ye
jangan muntah ye


*semalam ada PB tu tegur aku..katanya pipi aku dah makin tembam. baru 5 minggu sudah tembam belum lg 5 bulan..huwaaaaaaaa*

Wednesday, November 10, 2010

nasib baik..


kejadian berlaku malam semalam bukan malam tadi
cik ayah x keje senin tu so dia la yang tukang mandikan , pakaikan baju dan segala-galanya la
pastu cik ayah malam ada opoinmen ngan pakcik tukang rumah
harusla ibu x ikut sebab jap lagi kul 9 nak tidokan adam merangkap ibu pun nak membuta sekali
elok je soh anak tido ibu pun tido

esok pagi elok je Ammar bangun segar bugar
ibu check cam biasa nak tanggalkan pampers
raba-raba
huwaaaaaaaaa
anak aku x pakai pampers la malam tadi
camana la aku boleh x sedar n x check dulu
seb baik x membese' kat tilam
kalau tak kan haru
aduhhhhhhhhh
teruk la ibu
tapi ok gak la Ammar x kencin pun
ke dia tahan kencin
not good not good

so malam tadi
untuk elakkan kejadian yang sama berlaku

pampers ready for you dik!

amaran untuk diri sendiri..
sebelum membuta tu check la dulu ibu oooi

ehem..ehem

mmm.. mana nak start dulu..
dua tiga menjak ni kanak2 dirumah adalah sangat mengada-ngada..
manja x sudah
pastu period plak lambat
hahaha
budget malas nak berangan lebeh
kang x jadi kang
mula la aku meroyan

semalam saje abeskan duit kat klinik
pi check nape lutut aku sakit
sah sebab dah lama tak minum susu
malas
manala kalsium dalam badan tu nak cukup
sekali 'ter' rajin tanya doktor Maria
itu ini
katanya aku dah lima minggu
wehuuuuuuuu
alhamdulillah
itu pun nak bising kan
dah nak masuk tiga dah cik E woii
kecoh aaa

dulik..
janji aku happy
so far no mabuk no loya
makan pun cam biasa lagi banyak
aisehhh baru lagi daaa
harap2 semua ok la
x mo aa macam masa adam dulu
muntah bagai sampai 6 bulan

alhamdulilah

* Adam... ibu x beli baby kat kedai tau..ada dalam perut ni hah..tunggu je la dia keluar ye..*

Monday, November 8, 2010

Wedding Ain di Jasin


Salammm,
how your weekend kawan2? ada menarik?
Hari Deepavali yang lepas kitorang balik ke Jasin, Melaka. Cik Ain kazen Cik A nak bernikah..biasa lah kalau dah ada kenduri tu sana sini sibuk.. mak pun ikut sekali.. 
sampai-sampai je diorang tengah sibuk sediakan bahan2 nak masak makan tengahari.. malam tu majlis nikah aje..so lauk pauk semua masak sendiri..esok masa bersanding baru panggil orang  katering..
oleh kerana photographer sampai lambat maka gambar org dapur satu pun tarak...

mujur majlis nikah tu start dalam kul 9 mlm so sempat la kitorang bersiap2....alhamdulillah acara masak memasak siap sebelum majlis bermula... paling best mak jadi bidan masak terjun... hahahaha...x pasal2 aku dapat makan 2 kali daging goreng favret mak tu.. best best

uihhh..sedapnye..cam nak buat lagik je

me an ain..eh  Puan Ain.. welcome to de club Ain!


incik suami Ain @ Faiz tgh gigil nak lafaz akad...hahahaha

gbr curik dari FB Owin... 



Sabtu, 6hb November 2010

Cuaca sangat cantik dan terik.. apalagi bergelas-gelas air sirap oren masuk dalam tekak..air batu lagi...
pengantin sampai awal..lebih kurang 1 lebih la camtu... sampai-sampai terus makan beradap then masuk rumah bersanding gitu-gitu untuk amik gambar je..
kita layan gambar eh

credit to Owin

makan beradap

we are family!

Ain's family

 ai and cik puan ana...mak ai ler

 Adam and bakal bini..hehhe..gurau jek

me and Nuha...
Nuha tak mau ngan orang lain..nak ngan aku jek...auwww best you..dah la chubby, putih melepak lak tu.. kalau dpt anak pompuan camni kan best...sampai ari ni dok teringat kat nuha jek

wah berangan kalau ada anak pompuan cam ni...Ammar malu-malu kucen konon.

majlis selesai dalam kul 5 lebih..baru la cuaca mendung dan hujan pun turun..alhamdulillah.. the food sedap.. the crowd pun x renti-renti datang.. semua orang happy dan penat...lepas ni 19hb Nov kita ke Pengkalan Hulu pulak...
another family gathering...

Thursday, November 4, 2010

.....

makin lama
makin malas
makin xde idea
makin bosan
makin banyak keje
makin sibuk
makin beralasan
nak lupakan blog ini
arghhhhh...

wait n see je la